Selasa, 8 Oktober 2013

Usia..

07-10-19** --> 07-10-2013

Alhamdulillah genap ** tahun saya hidup di dunia yang fana ini
Banyak perkara yang telah berlaku
Banyak pengalaman yang telah ditimba
Banyak ujian yang telah dilalui, walaupun tidak tahu sama ada berjaya melepasi atau tidak
Banyak kebaikan yang telah diketahui, tetapi, amalnya...
Banyak juga kejahatan yang telah disingkapi, tetapi yang dijauhi....

Pada tahun ini, perasaan meningkat umur sangat berbeza dengan perasaan apabila datang nya ulang tahun kelahiran pada tahun lepas-lepas.. dari semalam terngiang-ngiang dua kata-kata ALLAH dia dalam Al-Quran dalam surah Ali-3imran maksudnya:

' dan, jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan ALLAH itu mati, sebenarnya mereka itu hidup, di sisi tuhannya mendapat rezeki' (169)

dan ayatnya yang bernaksud

' dan jangan sekali-kali orang kafir itu mengira bahwa tenggang waktu yang kami berikan kepada mereka lebih baik baginya, sesungguhnya tenggang waktu yang kami berikan kepada mereka hanyalah agar dosa mereka semakin bertambah, dan mereka akan mendapat azab yang menghinakan' (178)

Masya ALLAH.. tak tau nak cakap apa bila membaca dua ayat kat atas..
Ayat pertama menunjukkan kepada kita kesudahan hidup kita akan bahagia jika kita berjuang di jalan-NYA.. Mati kita, mati sebagai syuhada'. dan syuhada' telah dijanjikan akan memasuki syurga tanpa dihisab, akan memasuki syurga yang paling tinggi.. syurga firdaus.. dan saya sangat berharap akan tergolong dalam golongan ini..

Berlainan dengan ayat kedua yang memberi kita satu tamparan bahawa ada orang yang umur nya panjang, tetapi hanya penuh dengan dosa, maksiat, syirik atau apa-apa sahaja yang membuatkan orang itu mungkin akan dicampakkan ke neraka yang paling dalam.. Na3uzubillah min dzalik

Saya sangat takut kalau umur yang ALLAH beri ini, bukan akan mengangkat saya pada syurga yang tertinggi, tetapi menurunkan darjat saya kepada neraka yang terendah.. na3uzubillah min zalik..

Tetapi, ALLAH telah berfirman dalam hadith qudsi yang lebih kurang mafhumnya 'AKU adalah pada sangkaan hamba-KU'.. Jadi saya sangat-sangat bersangka baik pada DIA yang akan membantu saya keluar dari jurang neraka itu.. Ameen..

Sekitar sambutan hari jadi..

Jazkumullah khairan jaza' kepada semua yang mendoakan.. Semoga anda semua juga mendapat apa yang di doakan <3




Sabtu, 28 September 2013

Tarbiyah... Kenal :)

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Tarbiyah..
Apa ada pada Tarbiyah??
Pada aku, Tarbiyah menjadikan aku 'kenal'

Aku kenal ALLAH dengan Tarbiyah
Yang telah menciptakan aku,
maka Dia yang memberi petunjuk kepadaku,
dan apabila aku sakit,
Dialah yang menyembuhkan aku,
dan yang akan mematikan aku,
kemudian menghidupkan aku kembali,
dan yang sangat kuinginkan akan mengampuni kesalhanku pada hari kiamat
(26:78-82)

ALLAH itu Maha Pemurah
Murah dengan rezeki yang dilimpah
Berinfaq pada suriyyah
atau kerja mencekik darah

ALLAH itu Pemberi hidayah
Kepada hamba-Nya yang soleh mahupun toleh

Aku kenal Rasul dengan Tarbiyah
Menyampaikan risalah Islam dengan begitu susah dan payah
Dan menginggalkan kepada kita pelbagai sunnah
tapi ada satu yang kita lengah
iaitu Dakwah dan tarbiyah

Aku kenal Mus3ab bin Umair dengan tarbiyah
Murobbi pertama di Madinah

Aku kenal Umar Al-Khattab
Amirul Mukminin yang tegas dan tegap

Aku kenal Abu Ubaidah Al-Jarrah
Aminul Ummah, pemegang amanah ummah

Dan, dengan Tarbiyah juga
Aku kenal Al-Quran
Kisah-kisah nabi, ashabul kahfi, pemilik dua kebun, zulqarnain
pelbagai macam perumpamaan
Dikenalkan kepada manusia syurga yang penuh keindahan dan kenikmatan
Dibentangkan kepada manusia neraka yang dipenuhi keperitan siksaan
Disuruh mentadabbur ayat-ayat didalam Al-Quran
Bukan hanya disimpan

Aku juga makin kenal islam
islam itu cara nak hidup siang dan malam
bukan hanya rukun iman dan rukun islam

tapi, islam ada lawan
nama dia jahiliyah
yang tak disebut dalam hadith dan quran
walaupun semua orang mengejar termengah mengah
walaupun semua orang merasakan itu adalah kebenaran
tapi, ia tetap jahiliyah
yang mesti dihapus dan dilawan

Akhir sekali, dengan Tarbiyah,
Aku ingin mengenali kamu,
Kamu yang sedang membaca
Supaya, apabila bertemu di syurga
Kita dapat membuka cerita
dan mengatakan yang kita pernah bersama
menerima tarbiyah yang sama
membawa panji islam yang sama
Juga, kita dapat berteduh dibawah lindungan ALLAH bersama
di padang mahsyar yang hanya DIA yang berkuasa
Kerana kita berpisah dan berjumpa
liLLAHI TA3ALA

in sya ALLAH :D

Mari saling mengenal dengan TARBIYAH :)

Ahad, 21 Julai 2013

Ramadhan ***

pooonn..pooonn...ponnnn

Alhamdulillah.. 10 malam terawal ramadhan telah pun berlalu.. kini, 10 malam pertengahan mula menampakkan diri..

bila dah banyak hari puasa nie.. teringat masa mula-mula nak masuk ramadhan hari tu.. banyak tazkirah yang dapat supaya bersedia untuk menghadapi ramadhan.. dan kita pon semangat nak masuk ramadhan.. tapi, sekarang.. adakah masih ada semangat itu?? rasa macam dah nak pudar.. teringat usrah last sebelum masuk ramadhan..

mak naqibah menyuruh semua orang pilih satu ayat yang berkenaan dengan ramadhan..
anak-anak usrah semua cari dengan tekun supaya dapat ayat yang betul-betul dapat membantu diri untuk memaknai ramadhan..

dalam ketekunan semua orang mencari ayat.. salah seorang dari kami, mengangkat tangan dan berkata dengan penuh semangat. "Ana nak share dulu!" (mata bersinar-sinar). semua mengangkat kepala dan memandang siapa gerangan empunya suara.. mak naqibah rupanya hehe.. "ana nak share ayat surah al-fajr ayat 27-30"..  

'Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (30)

tanpa memberi apa-apa penerangan, beliau menyuruh orang lain pula berkongsi ayat.

krik..krik..

"ana la nak share pulak " seorang yang sangat tekun mengendalikan bisnesnya di Jordan ini bersuara.. "surah al-anfal ayat 2 dan 3"

'Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (2) Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. (3)'

"okay, orang lain?" mak naqibah mencelah..

"saya!" saya la tu orangnya. hehe.. "kita nk share surah zumar ayat 39"

'Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk). (73)'

"jazakillah awak.. awak?" mak naqibah memberi peluang kepada ahli usrah kami yang lembut orang nya..
"surah al-maidah ayat 35"

'Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. (35)'

"hmm.. menarik-menarik :).. sapa pulak nak share?" (memang mak naqibah akan cakap setiap kali lepas habis sorang share ayt =P)

"sayalah.." ahli usrah kami yang sangat menjaga kesihatan bersuara.. uuu~~ "surah ali-imran ayat 134"

'Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (134)'

"jazakillah ^^,... next?"
"suraaahh.." suara emaass~~.. "surah al-baqarah ayat 245"

'Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (245)'

"awak ^^," sambil memandang orang yang mengatakan dirinya misteri di antara kami..
"surah al-baqarah ayat 183"

'Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)'

"ayat puasa.. hehe, okay, next"
"surah an-nazi3at ayat 40 dan 41" beliau adalah seorang yang sangat menggemari pisang huhu

'Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; (40) Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (41)'

"okay orang last"
bila ketua usrah ber 'ic' sabah berbicara.. "surah al-ahzab ayat 11"

'Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (11)'

"Alhamdulillah.. okay sekarang ana nak.. antunna semua ekspresikan semua ayat yang antunna share menjadi satu poster"
kami beramai-ramai "haa??!!"
"eh, janganlah terkejut sangat.. takpe, kita akan bersama-sama menghasilkan satu poster berdasarkan ayat-ayat tadi, tak kisahlah antunna nak buat macam mana.. lukisla apa-apa pun, yang penting jadi satu poster yang menggambarkan ramadhan"
anak-anak "hai hai kapten"

dan kami pun bertungkus lumus menyiapkan poster.. 
ada yang menulis
ada yang melukis
dan ada yang mewarna..
akhir sekali... hasilnya adalaaahhh

jen je jeeengg~~


Alhamdulillah.. rupanya banyak bakat-bakat yang terpendam dalam ahli usrah saya ni..

dan sedang mak naqibah sedang bercakap tentang apa ntah.. saya pun tak ingat.. saya menyonteng sesuatu.. hehe

tadaaaa


semoga, ayat-ayat yang dishare oleh sahabat-sahabat saya ini menjadi pemangkin dan penerus semangat untuk menghadapi bulan ramadhan yang berbaki..

JAzakunnallah untuk semua yang terlibat dalam menjayakan poster yang sangat comel ini..

ANA UHIBBUKUNNA FILLAH <3 <3 <3




Rabu, 17 Julai 2013

zalim dan mengingkari

'Allah telah menciptkan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian dengan (air hujan) itu DIA mengeluarkan berbagai buah-buahan sebagai rezeki untukmu, dan DIA telah menundukkan kapa bagimu agar belayar di lautan dengan kehendak-NYA, dan DIA telah menundukkan sungai-sungai bagimu. Dan DIA telah menundukkan matahari dan bulan bagimu yang terus menerus beredar (dalam orbitnya), dan telah menundukkan malam dan siang bagimu. Dan DIA telah memberikan kepada mu segala apa yang kamu mohonkan kepada-NYA. Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)'
(14:32-34)

Mendengar imam terawih membaca ayat ni. rasa mcm baru first time dgr..
dan benarlah kata-kata ALLAH.. banyak nikmat yang telah ALLAH bagi pada kita, terlalu banyak utk dihitung.. ALLAH memberi segala apa yang kita minta, makbulkan semua doa kita.. tapi kita?? hmmm tepuk dada tanya iman.. T___T

               'Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)'

Khamis, 11 Julai 2013

SYURGA..

' Wahai orang-orang yang beriman! ingatlah kepada ALLAH, dengat mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kepada-Nya waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan cahaya (yang terang). Dan DIA Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. Penghormatan mereka (orang-orang mukmin itu) ketika mereka menemui-NYA ialah, "salam", dan DIA menyediakan pahala yang mulia bagi mereka' 
(33:41-44)


tiba-tiba tak reti nak ulas.. huhu
okaylah.. bismillahi arrahman arrahim..

Alhamdulillah..
Satu nikmat yang belum pernah dapat dirasai, dan tak pernah terfikir untuk merasainya..
nikmat TARBIYAH..
Betapa ALLAH susun perjalanan hidup ini..
Walaupun hidup dalam keluarga yang ibu ayahnya memahami tentang tarbiyah, tetapi.. ALLAH susun untuk dijentikkan hidayah di waktu yang sesuai, pada umur dan tempat yang sangat tepat..
Tarbiyah ini telah menjadikan aku seorang yang berbeza..
Mengubah cara pandang aku terhadap sesuatu perkara.. kalau dulu, aku hanya melihat alam dengan pandangan yang kosong, tetapi, hari ini aku tahu, ALLAH tidak menjadikan alam ini sia-sia, mereka juga tunduk patuh kepada ALLAH.. kalau dulu, aku tak tahu aku ada tujuan hidup yang perlu aku laksanakan, tapi kini, aku tahu yang hidup ini bukan semata-mata untuk diri sendiri, dan bukan hanya sekadar berseronok, tetapi ada tujuan yang specific.. kalau dulu, aku membaca alquran hanya sekadar memenuhi seruan ibu yang acap kali mengingatkan kita kena baca quran setiap hari, tetapi, setelah mendapat Tarbiyah, aku tahu alquran ini diturunkan untuk aku, dan aku perlu membacanya dan mengambil ibrah dripadanya..

Itulah tarbiyah.. memberi aku persepsi yang baru terhadap dunia
Begitulah tarbiyah.. membuka mataku dan menukar neraca hidup ku.. daripada berorientasikan manusia, kepada meletakkan ALLAh sebagai satu ghayah (tujuan) segala apa yang aku lakukan..
Sememangnya tarbiyah ini memberi aku satu kehidupan baru, satu kefahaman islam yang lain dari apa yang dahulunya aku faham..

tapi.. dalam tarbiyah tak semuanya manis, tak semuanya akan disuap, tak semuanya dihampar dengan karpet merah.. hakikat berada dalam tarbiyah adalah kita akan disentuh dengan bermacam-macam jenis duri, diulit dengan segala bagai tohmahan, didodoi dengan berbagai lagu ujian..

walaupun begitu, aku cuba bangkit dari setiap kejatuhan yang aku alami untuk terus thabat dalam jalan ini, kerana aku tahu, ganjaran ku adalah SYURGA.. ya SYURGA..

SYURGA.. satu perkataan yang tak asing lagi..
bahkan dalam al-quran, almost setiap surah akan menceritakan tentangnya..
nikmat-nikmat yang tidak tergambar hebatnya..
suara-suaranya, makanan-makanannya, sungai-sungainya, bidadari-bidadarinya, istana-istananya, pokok-pokoknya dan bermacam-macam lagi perkara yang tak terkira.. MASYA ALLAH :D

Itulah motivasi yang sering berjaya untuk aku terus kekal dalam jalan ini..
Semoga, cita-cita ku untuk memasukinya akan menjadi kenyataan.. AMEEN

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا يا الله
اللهم إنا نسألك رضاك والجنة الفردوس الأعلى وأعوذبك من سخطك والنار


Sabtu, 15 Jun 2013

banyak sangat lubang :'(

bismillah :)

tak tau nak start macam mana, sebab ayat-ayat dalam kepala sangat banyak plus fikiran sangat serabut..
YA ALLAH beri aku petunjuk..

hmmmm....
masalah yang sama datang lagi..
nampak sangat tak pernah lepas ujian yang satu ni
setiap kali ujian ni datang, mesti tak tau nak buat apa
lepastu simpan sorang-sorang and nangis dalam hati sorang-sorang

hmmmm...
how I wish the momment that we created together not long time ago, the smile at your face, the feellingsss..
the kepercayaan, the penerimaan semua kekurangan (mungkin) and banyak 'the' lagi.. kembali balik..

tapi... aku tau semua tu tak akan kembali balik selama-lamanya..
yang aku kena hadapi sekarang adalah masa hadapan yang aku tak tau apa yang ALLAH akan susun untuk aku.

sudah-sudahla tu, mukmin tak kan jatuh pada lubang yang sama dua kali, awak ni dah berjuta kali jatuh pada lubang yang sama, tapi kenapa masih tak boleh bangkit???

mungkin hubungan dengan ALLAH kena betul-betul jaga macam mana awak berusaha nak jaga hubungan dengan manusia.. T____T
mungkin jugak terlalu jaga persaan orang, sampai tak berani nak cakap kebenaran..

sudah-sudahla tu, banyak sangat kerja yang menunggu, jangan biarkan perasaan tak best ni menguasai diri, jangan sampai semuanya jadi lembap sebab perasaan yang macam-macam ni..

ALLAH kan ada :)

حسبنا الله و نعم الوكيل

Jumaat, 17 Mei 2013

Tadabbur Surah Al-Isra'

Fuhh fuhh fuhh..
lamanyaaa tak menulis..

Bismillah.. baca dengan senyuman yea semua..  :)

Entah kenapa, hari ni terdetik untuk baca terjemahan surah isra',
Bila baca ayat-ayat al-qurannya sangatla best.. walaupun bukannya faham semua pon.. tapi.. entah, dia seolah-olah memberi ketenangan bila dengar dan baca surah ni.. hmmm itulah kuasa ALLAH kan? Bila ALLAH nak bagi ketenangan, kat siapa pon DIA boleh bagi..

Ok, surah isra' ni adalah surah makkiyah. Selalunya orang cakap surah ni duturunkan sempena Isra' nabi Muhammad solallahu3alaihiwasallam dari masjidil haram ke masjidil aqsa yang diberkati sekelilingnya berdasarkan ayat satu dalam surah ini..

Oh, sebelum tu, ini bukan tafsir tau, ini adalah lintasan hati saya bila baca surah ini. Sebarang kesalahan ketidaksetujuan saya memohon ampun kepada ALLAH dan minta dilindungi dari syaitan yang direjam..

Okay, back to the topic..

Bila saya baca terjemahan surah ni, banyak diantara ayat-ayatnya menceritakan tentang cabaran-cabaran orang kafir kepada nabi-nabi, dari nabi adam sampai kepada nabi muhammad. tapi takdelah semua nabi ALLAH ceritakan.. contohnya ayat enampuluh(60) hingga enampuluhlima(65), ALLAH menceritakan tentang bagaimana Iblis enggan sujud kepada nabi Adam dan berjanji akan menyesatkan manusia.. (notakakiyangbukankatbawah: sila baca ayat ni, janji iblis sangat scary okay).
Dan pada ayat sembilanpuluh(90) hingga sembilanpuluhenam(96), bagaimana ALLAH menceritakan orang kafir yang tidak akan percaya kerasulan nabi Muhammad kecuali bila ALLAH menurunkan mukjizat-mukjizat yang mustahil kepada nabi.

Dalam surah ni juga, ALLAH ada sebut tentang tanda-tanda kekuasaannya misalnya pada ayat 12, 44 dan 99. Juga ayat-ayat tentang balasan-balasan terhadap orang kafir. (boleh cari sendiri yea ayat-ayat ni, banyak sangat nak tulis). Tidak lupa juga ALLAH ceritakan tentang larangan-larangan-Nya pada manusia bermula ayat 22 hingga 38. Serta ayat-ayat yang lain..

Tapi dalam seratus sebelas ayat surah al-isra' ni, saya sangat terkesan dengan tiga ayat ini..

'Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia, maka Kami segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan baginya (di akhirat) neraka Jahannam, dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir [18] dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik [19] kepada masing-masing (golongan), baik (golongan) ini (yang menginginkan dunia) mahupun (golongan) itu (yang menghendaki akhirat), kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu, Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalang' [20]

Okay, dalam tiga ayat ni ALLAH bagitahu kat kita yang dalam dunia ni ada dua golongan, satu (mintadijauhkan) golongan yang menginginkan dunia, dalam setiap apa yang dia lakukan, dia mengharapkan balasan didunia, jadi ALLAH bagi semua yang dia nak (tapi dekat orang yang tertentu je la), dia akan rasa bahagia dengan nikmat dunia dia, tapi, na3uzubillahi min zalik, dekat akhirat ALLAH masukkan golongan ini dalam keadaan hina dan terusir.. ALLAH...

Golongan yang kedua (jadikanlahkamidarigolonganini) golongan yang menghendaki kehidupan akhirat dan BERSUNGGUH-SUNGGUH ke arah itu, bersama dengan KEIMANAN. bukan hanya nak je tanpa ada amal, dan bukan juga nak, amal tapi tak beriman pun, mesti ada ketiga-tiga elemen ini. Maka golongan ini ALLAH akan bagi ganjaran yang baik.. :)

Ayat dua puluh paling best. ALLAH kata, tak kisahla manusia ni dari golongan manapun, yang cintakan dunia atau yang bercitakan akhirat, ALLAH akan tetap bagi rahmat kepada mereka.. ALLAH.. ALLAH.. dan ALLAH tutup ayat tu dengan cakap.. 

وما كان عطآء ربك محظورا
 'Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalang'

Benarlah, kalam ALLAH, janji ALLAH tidak pernah silap dan tak pernah mengecewakan..
Siapa yang mampu, walaupun orang yang berada di bawah mereka menderhaka, tetapi dia tetap memberi hadiah dengan penuh kasih sayang. Masya ALLAH.. Hebatnya kasih sayang ALLAH terhadap hamba-hamba-NYA. 

Sebagai hamba ALLAH, marilah kita sama-sama mengembalikan kasih sayang yang terlalu banyak yang telah ALLAH kurniakan kepada kita dengan menjual sepenuh jiwa, raga, harta, masa dan tenaga kita untuk menegakkan islam kembali atas bumi ini. 

Wallahu a3lam.. 

Semoga tulisan picisan ini memberi manfaat in sya ALLAH :)