pooonn..pooonn...ponnnn
Alhamdulillah.. 10 malam terawal ramadhan telah pun berlalu.. kini, 10 malam pertengahan mula menampakkan diri..
bila dah banyak hari puasa nie.. teringat masa mula-mula nak masuk ramadhan hari tu.. banyak tazkirah yang dapat supaya bersedia untuk menghadapi ramadhan.. dan kita pon semangat nak masuk ramadhan.. tapi, sekarang.. adakah masih ada semangat itu?? rasa macam dah nak pudar.. teringat usrah last sebelum masuk ramadhan..
mak naqibah menyuruh semua orang pilih satu ayat yang berkenaan dengan ramadhan..
anak-anak usrah semua cari dengan tekun supaya dapat ayat yang betul-betul dapat membantu diri untuk memaknai ramadhan..
dalam ketekunan semua orang mencari ayat.. salah seorang dari kami, mengangkat tangan dan berkata dengan penuh semangat. "Ana nak share dulu!" (mata bersinar-sinar). semua mengangkat kepala dan memandang siapa gerangan empunya suara.. mak naqibah rupanya hehe.. "ana nak share ayat surah al-fajr ayat 27-30"..
tanpa memberi apa-apa penerangan, beliau menyuruh orang lain pula berkongsi ayat.
krik..krik..
"ana la nak share pulak " seorang yang sangat tekun mengendalikan bisnesnya di Jordan ini bersuara.. "surah al-anfal ayat 2 dan 3"

'Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang (27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! (30)
tanpa memberi apa-apa penerangan, beliau menyuruh orang lain pula berkongsi ayat.
krik..krik..
"ana la nak share pulak " seorang yang sangat tekun mengendalikan bisnesnya di Jordan ini bersuara.. "surah al-anfal ayat 2 dan 3"
'Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (2) Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. (3)'
"okay, orang lain?" mak naqibah mencelah..
"saya!" saya la tu orangnya. hehe.. "kita nk share surah zumar ayat 39"
'Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk). (73)'
"jazakillah awak.. awak?" mak naqibah memberi peluang kepada ahli usrah kami yang lembut orang nya..
"surah al-maidah ayat 35"
'Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. (35)'
"hmm.. menarik-menarik :).. sapa pulak nak share?" (memang mak naqibah akan cakap setiap kali lepas habis sorang share ayt =P)
"sayalah.." ahli usrah kami yang sangat menjaga kesihatan bersuara.. uuu~~ "surah ali-imran ayat 134"
'Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (134)'
"jazakillah ^^,... next?"
"suraaahh.." suara emaass~~.. "surah al-baqarah ayat 245"
'Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (245)'
"awak ^^," sambil memandang orang yang mengatakan dirinya misteri di antara kami..
"surah al-baqarah ayat 183"
'Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)'
"ayat puasa.. hehe, okay, next"
"surah an-nazi3at ayat 40 dan 41" beliau adalah seorang yang sangat menggemari pisang huhu
'Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; (40) Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (41)'
"okay orang last"
bila ketua usrah ber 'ic' sabah berbicara.. "surah al-ahzab ayat 11"
'Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (11)'
"Alhamdulillah.. okay sekarang ana nak.. antunna semua ekspresikan semua ayat yang antunna share menjadi satu poster"
kami beramai-ramai "haa??!!"
"eh, janganlah terkejut sangat.. takpe, kita akan bersama-sama menghasilkan satu poster berdasarkan ayat-ayat tadi, tak kisahlah antunna nak buat macam mana.. lukisla apa-apa pun, yang penting jadi satu poster yang menggambarkan ramadhan"
anak-anak "hai hai kapten"
dan kami pun bertungkus lumus menyiapkan poster..
ada yang menulis
ada yang melukis
dan ada yang mewarna..
akhir sekali... hasilnya adalaaahhh
jen je jeeengg~~
Alhamdulillah.. rupanya banyak bakat-bakat yang terpendam dalam ahli usrah saya ni..
dan sedang mak naqibah sedang bercakap tentang apa ntah.. saya pun tak ingat.. saya menyonteng sesuatu.. hehe
tadaaaa
semoga, ayat-ayat yang dishare oleh sahabat-sahabat saya ini menjadi pemangkin dan penerus semangat untuk menghadapi bulan ramadhan yang berbaki..
JAzakunnallah untuk semua yang terlibat dalam menjayakan poster yang sangat comel ini..
ANA UHIBBUKUNNA FILLAH <3 <3 <3