Ahad, 16 Disember 2012

TARBIYAH

Bismillah...

rasa macam nak menulis banyak perkara, tapi tak tahu mana nak aulakan yang mana... banyak sangat benda yang telah terjadi...
ada yang membuatkan diri ini sangat futur..
ada yang membuatkan diri ini rasa nak melonjak kegembiraan..

tapi apa-apa pun, semuanya adalah tarbiyah dari ALLAH...
tak kisahlah benda itu sedih atau gembira..

dan benarlah tarbiyah itu memberi satu kehidupan yang tidak akan dapat dirasai oleh orang-orang yang tidak mengikutinya..

'wahai orang-orang yang beriman! ikutilah ALLAH dan RASUL-NYA apabila DIA menyerumu kepada seruan yang menghidupkan kamu'
(8:24)


semoga aku terus thabat dalam perjalanan yang sangat panjang dan penuh dengan cabaran dan ujian ini..

Sabtu, 24 November 2012

إن الله سميعا عليما

ALLAHU ALLAHU ALLAHU

Pernahkah anda terfikir betapa luasnya pengetahuan ALLAH Tuhan Pencipta Alam??
Betapa ALLAH itu Maha Mengetahui...
Betapa DIA sungguh-sungguh Maha mendengar...
Betapa TUHAN kita Yang Esa ini mengusai semua pegerakan seluruh pergerakan yang berada di bumi, di cakerawala dan segala-galanya yang diciptakan...

Jom sama-sama kita bayangkan...
Betapa besarnya bumi ini... berapa ramai orang yang berada di atas bumi ini,
yang kita kenal, yang kita tak kenal,
yang pernah berselisih dengan kita dan yang tak pernah
yang ada kat bandar dan kampung bahkan yang berada di dalam hutan..
Semuanya ada tertulis dalam luh mahfuz...

Dulu, saya suka tengok satu dokumentari yang saya tak ingat tajuk dia, tapi yang penting dia cerita pasal tribe-tribe yang ada kat dalam hutan. Tribe-tribe ni hidup dalam keadaan yang tak bertamadun, tak pakai baju, banyak percaya karut-marut, hidup macam takde tujuan hidup dan takde agama. Tapi saya terfikirla, macam mana ALLAH boleh kawal mereka-meraka ini, sedangkan saya, kalau la ALLAH tak bagi idea kat orang barat tu untuk discover mereka-meraka ni, saya tidak akan pernah tahu wujudnya orang-orang yang masih duduk dalam hutan ni..

Dan saya selalu membuat aktiviti seharian dengan orang yang sama sepanjang hari, dan saya juga sering terfikir, dari bangun tidur, pergi sekolah, balik sekolah, makan, belajar dan akhirnya tidur balik dengan orang yang sama, tapi perasaan kami tetap berbeza. Mungkin saya akan melihat kereta yang berwarna merah sebagai sebuah kereta yang sangat comel, tetapi dia rasa kereta itu sangat menyakitkan mata. Dan kalau kita berpaling sikit daripada orang yang berada disebelah kita pon, kita sudah tidak mengetahui apa yang dilakukan olehnya. Betapa ALLAH mengawal setiap perasaan, hati dan jiwa setiap manusia, walaupun kita hidup bersama orang yang sama seumur hidup kita. Bahkan kembar siam juga mempunyai perasaan yang berbeza.

Dan betapa ALLAH itu mahu kita tahu yang DIA Maha Mengetahui, DIA telah menyematkannya dalam buku yang kita bacanya tiap-tiap hari, cuma kita perasan atau tidak... Firman ALLAH..

 وَعِندَهُ ۥ مَفَاتِحُ ٱلۡغَيۡبِ لَا يَعۡلَمُهَآ إِلَّا هُوَ‌ۚ وَيَعۡلَمُ مَا فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ‌ۚ وَمَا تَسۡقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعۡلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ۬ فِى ظُلُمَـٰتِ ٱلۡأَرۡضِ وَلَا رَطۡبٍ۬ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِى كِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬
' Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya, tidak ada yang mengetahui selain DIA. DIA mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-NYA. Tidak ada sebutur biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering , yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (luh mahfuz).'
(6:59)


SUBHANALLAH...
Tidak terungkap betapa hebatnya ilmu ALLAH itu....
Sesungguhnya hanya DIA yang layak memiliki nama-nama yang baik itu...
Mari sama-sama bersyukur...


Rabu, 7 November 2012

ilmu agama?

Pada satu malam yang hening, terjadilah perbualan maya antara abang yang berada di negara Barack Obama dan seorang adik perempuannya yang berada di Jordan Bumi Anbiya'.

Perbualan di mulakan dengan hanya berbasa-basi bertanya khabar dan perbualan biasa antara adik beradik yang telah lama tidak bersua di maya mahupun di alam realiti...
Tetapi, tiba-tiba perbualan itu menjadi perbualan yang sangat mebuatkan adik ini melompat-lompat keriangan dek kerana sangat dahagakan makanan rohani dan sentuhan kasih sayang dari seorang abang..

Bermulalah sebuah perbualan...


mira (bukannamasebenar): kadang2 kan mira terfikir, erm...
muhd akif: fikir nak kawen ke? haha
mira: hei.... bknla
muhd akif: saje je, teruskan
mira: abg layak la nk fikir pasal kawen
mira: dzaty kan blaja pasal hukum hakam
mira: yg dekat dgn quran
mira: yg mira bleh bkk quran kalo nk hafal dalil
mira: n mira kdg2 rasa cam okla blaja sbb rasa dkt ngan quran
mira: tp..
mira: camne abg blaja bnda yg
mira: erm...
mira: xdela Allah btol2 ckp detail dlm quran
mira: camne nk rasa zuuq nya blaja
mira: sbb kte kn bkn nk blaja utk diri sndiri je
mira: kte nk blaja utk naekkn islam blk
muhd akif: abg baru dgr pasal ni haritu?
mira: yeke?
muhd akif: eh terbuat tande soal pulak
mira: haha
mira: sharela ngan mira
mira: hehe
muhd akif: surah attaubah
muhd akif: 122
muhd akif: falaula nafara
muhd akif: jangan sumua pergi berperang
muhd akif: mesti kena ada golongan yg
muhd akif: liyatafaqqahu fiddin (memperdalam agama)
muhd akif: iza raja'u ilaihim (jika mereka (orang yang pergi berperang) pulang)
muhd akif: liyunziru qoumahum (mengajar kaumnya)
muhd akif: biasanya
muhd akif: org akan kaitkan dgn ilmu agama
muhd akif: apa definisi ilmu agama?
mira: erm.. slalunya.. ilmu yg mcm mira blaja la kn? usulfiqh, usuluddin etc...
muhd akif: ok, mindset org akan fikir camtu. bkn ke semua ilmu, ilmu Allah?
mira: btol2
muhd akif: ramai x org yg blaja sains,psychology, sejarah bagai
muhd akif: skarang ni jd tokoh dlm masyarakat?
mira: erm... byk
muhd akif: haa
muhd akif: kalo faham ayat ni
muhd akif: belajarla apa pun
muhd akif: in the end, visi nya ialah liyunziru qoumahum
muhd akif: bila balik nanti
muhd akif: brape ramai yg blaja agama pom pom
muhd akif: blk2 x buat kerja pun
muhd akif: kerja utk hidup sendiri..
muhd akif: agama=syariah

the rest is history...

Ok, ayat yang paling tersentap adalah apabila si abang mengatakan agama=syariah..
adakah benar penafsiran ilmu agam itu begitu..
hanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan hukun-hakam, aqidah dan segala kos-kos yang berada di bawah kuliah syariah sahaja dipanggil ilmu agama di sisi ALLAH?

Dan, kita sebagai orang yang berada di bawah naungan kuliah syariah berasa sangat mulia apabila kononnya dapat memahami agama lebih daripada orang yang belajar medik, enginering, biotech, akaun dan apa-apa sahajalah pekerjaan yang tidak berkaitan dengan islam secara terusnya.. terbaca pulak di kuliah syariah universiti yarmouk tingkat 3, hadith Rasulullah yang kurang lebih maksudnya, 'sesiapa yang ALLAH hendak kebaikan padanya, maka diberikannya kefahaman dalam agama'. sangat rasa 'hounered' menyangka 'akulah orang yang ALLAH hendak bagi kebaikan itu', sedangkan perangai kita tak macam budak belajar agama pun. Astaghfirullah...

Jadi, sebenarnya tak kiralah kita belajar apa tujuan sebenar bukan untuk diri sendiri, tetapi adalah untuk 'memberi peringatan kepada orang lain' apabila kita balik ke medan sebenar kita di malaysia nanti...

Selamat belajar semua...

exam second dah dekat, jadi jom belajar dengan juhud nya  

senyum tak perlu kata apa-apa

Selasa, 6 November 2012

Nikmat dan Rahmat

hari ni rasa macam nak tulis sesuatu...
rasa dah lama sangat tak menulis...

Kini usiaku genap 20 tahun 1 bulan,
Dan dalam masa yang diberi ini, banyak pengalaman yang telah ditempuhi..
Dari zaman tadika yang penuh warna-warni,
Kepada zaman sekolah rendah yang mengajar menjadi 'pelajar'
Ke zaman sekolah menengah yang mula untuk mengenali diri sendiri
Dan sekarang, aku telah melangkah ke alam universiti yang penuh onak dan duri, yang mengajar aku erti dakwah dan tarbiyah, erti pengorbanan dan pelbagai perkara lain yang tidak mampu aku sebutkan..

Dan semakin aku dewasa, semakin ramai orang yang aku jumpa,
Ada yang Allah beri mereka kekurangan fizikal,
Tempang kakinya, buta matanya, telor percakapannya, gagap tutur katanya, pekak telinganya, lambat pemikirannya dan pelbaaagai lagi jenis kekurangan yang ALLAH cipta untuk mereka.

Dan dengan kekurangan-kekurangan fizikal yang aku lihat pada orang lain ini, aku jadi terfikir
Betapa gembiranya mempunyai keteguhan kaki untuk berjalan ke mana-mana hingga ke hujung dunia,
Betapa nikmatya mempunyai mata yang jelas untuk melihat semua kejadian dan kebesaran ALLAH di dunia,
Betapa bahagianya mempunyai mulut yang mampu berkata-kata apa sahaja yang ingin dikatakan,
Betapa melompatnya kita mempunyai telinga yang boleh mendengar nyanyian-nyanyian semula jadi bumi.

Tetapi, kadang-kadang kita tak perasan pun ini semua adalah nikmaat dan rahmat dari ALLAH, kita terus hanyut dengan dunia yang sementara, kita gunakan nikmat anggota yang ALLAH bagi ni untuk membuat maksiat. Kita hanya menggunakan nikmat-nikmat ini untuk membuat kerosakan di bumi ini.

Bukan untuk membuat kerja-kerja dakwah dan tarbiyah sebagai balasan kepada rahmat yang telah ALLAH turunkan kepada kita ini. Bukan untuk memakmurakan bumi dengan menjalankan tugas kita sebagai 'abid dan khalifah di bumi yang luas ini.

Kita langkahkan kaki untuk ke tempat-tempat maksiat dan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada kita, bukan ke majlis-majlis ilmu atau ke rumah saudara-saudara seislam kita,
Kita besarkan mata kita untuk melihat cerita-cerita 'lagho' yang sangat melalaikan, bukan melihat kebesaran-kebesaran ALLAH yang terpampang di depan mata atau membaca buku-buku yang menambahkan keimanan,
Kita gerakkan mulut kita untuk bercakap-cakap tentang atau dengan lelaki yang tidak sepatutnya, bukan untuk menyampaikan keindahan islam kepada orang lain,
Kita lebarkan telinga kita untuk mendengar lagu-lagu dan percakapan-percakapan yang sia-sia, bukan untuk mendengar nasihat-nasihaat dari syiekh-syeikh yang banyak pengalamannya untuk diambil sebagai pengajaran.

Itulah manusia....
Muhasabah diri..
Adakah aku menggunakan nikmat-nikmat ini untuk mengembalikan islam di tangga yang teratas, ataupun menggunakan nikmat-nikmat ini hanya untuk bersuka-ria tanpa memikirkan di manakah islam sekarang...

إعملوا آل داود شكرا وقليل من عبادي الشكور
'bekerjalah wahai keluarga daud untuk bersyukur, dan sedikit sekali hambaku yang bersyukur'






Sabtu, 19 Mei 2012

Ukhuwwah...

'...dan ingatlah nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu ALLAH mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-NYA kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu dari sana..'

'dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi ALLAH-lah yang telah mempersatukan hati mereka..'

'Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia'

'Sesunggguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara keduanya'

ALLAH telah memberikan kita pelbagai peringatan tentang ukhuwah di dalam Al-Quran, dan ALHAMDULILLAH saya telah merasai nikmat berukhuwah itu...

Terima kasih Ya ALLAH kerana telah menghantar sahabat-sahabat yang sangat membantu aku untuk membina diri ini menjadi lebih baik..

Kepada sahabat-sahabat, thanx a lot, may ALLAH grant you HIS Jannah =)

Sabtu, 28 April 2012

'Ayah aku adalah ISLAM'

'Oleh itu, aqidah seorang mu'min merupakan tanahairnya, kaumnya dan keluarganya, dan di atas aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu, bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar'
-Muqaddimah Fi Zilal Al-Quran, Syed Qutb-

Apabila membaca kata-kata ini, saya teringat dua kisah sahabat yang menjadikan orang islam itu benar-benar seperti keluarganya sendiri. Sanggup mengorbankan keluarga sendiri demi untuk menegakkan islam di atas muka bumi.

Antara mereka adalah Mus'ab bin Umair...

Ketika berlakunya perang pertama dalam ISLAM, yakni Perang Badar, beliau telah bertembung dengan adiknya yang berada di pihak lawan. Ketika adiknya sedang bertempur dengan salah seorang tentera Islam dalam pertempuran yang sangat sengit, adiknya hampir kalah di tangan tentera Islam tersebut. Sejurus terlihat Mus'ab dari jauh adiknya terus memanggilnya dan meminta pertolongan darinya. "Abang! tolongla aku, aku adalah adik mu".. Tetapi, malangnya Mus'ab meluru ke arah pertempuran itu dan membantu tentera islam tersebut untuk mengalahkan adiknya. Adiknya sangat terkejut dan bertanya kepada Mus'ab, 'mengapa engkau menolong dia bukannya aku? Bukankah aku adalah saudaramu?' Mus'ab menjawab dengan tegas 'Tentera islam ini adalah saudaraku bukannya kamu, ayah aku adalah ISLAM, kau tiada hubungan saudara denganku'.

dan Abu 'Ubaidah Al-Jarrah...

Beliau juga adalah salah seorang tentera didalam perang badar. Ketika perang ini berlangsung, beliau dengan penuh semangat kepahlawanan menerobos masuk ke barisan lawan. Dalam masa yang sama, beliau dikejari oleh seorang tentera musuh, beliau cuba mengelak untuk bertembung dengannya, tetapi tentera itu tetap tegar ingin berhadapan dengan Abu Ubaidah. Setelah penat berkejaran, dan dirasakan waktu dan tempat adalah sangat strategik, beliau bertempur dengan musuh tersebut dan berjaya membunuhnya. Apa yang menakjubkan adalah, musuh tersebut merupakan ayahnya sendiri.. Setelah membunuh ayah yang tersayang, Abu Ubaidah berkata 'Aku tidak membunuh ayahku, tetapi aku membunuh Jahiliyah yang ada dalam dirinya', disebabkan pengorbanannya ini, ALLAH telah menurunkan satu ayat untuk beliau yaitu, ayat 22 surah al-mujadalah.

Lihatlah betapa mereka ini, sanggup membunuh ahli keluarga mereka sendiri demi menegakkan agama islam. Meraka tahu bahawa apa yang menyatukan antara manusia bukanlah sekadar hubungan darah, tetapi ikatan yang lebih kuat adalah ikatan aqidah.

Apa yang saya dapat daripada kata-kata Syed Qutb diatas ialah, dimana pun kita berada, kita adalah bersaudara dengan semua umat islam di seluruh dunia. Tidak ada yang lebih mulia daripada hati-hati yang bergabung dan bersatu untuk mengingati ALLAH.

Jadi dengan ini saya menghulurkan salam persaudaraan kepada umat islam di seluruh dunia, semoga hati-hati kita akan sentiasa bersatu padu untuk menjadikan islam sebagai 'new world order'.

Jom baca doa rabithah ramai-ramai..










Jumaat, 20 April 2012

*dush*

Tadi, saya baca kahfi...
baca sambil tengok makna...
tiba-tiba, rasa tersentak bila sampai pada dua ayat yang...
entahla, saya rasa sangat terkena dengan situasi saya sekarang..

'Katakanlah (Muhammad), 'Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?' (yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya'
(Al-Kahfi: 102-103)


Rasa ayat ni macam ditujukan kepada diri sendiri, sebab kita sebagai da'ie kadang-kadang rasa kita dah buat sehabis baik dalam Dakwah dan Tarbiyah ni, tapi sebenarnya amalan kita hanyalah sia-sia. 

Mungkin kerana niat kita yang tidak lurus sejak dari mula, ataupun mungkin kerana dosa-dosa kita yang terlampau banyak dan kelewatan kita untuk meminta ampun atas dosa itu...

ASTAGHFIRULLAH....

Ya ALLAH bantulah kami dalam menjalani kehidupan kami yang selanjutnya ini dan jadikanlah kami termasuk dalam hamba-hamba-MU yang sering bertaubat...

Rabu, 4 April 2012

Bersedialah...

Alhamdulillah, pada 30 mac 2012, saya sempat mengikuti Global March to Jurusalem ataupun lebih dikenali sebagai GMJ di Jordan. Amat terkejut apabila saya menyaksikan ramainya rakyat Jordan turut mengikuti GMJ ini. 



Berada di tengah lautan orang Ara, kami yang berbangsa asing di situ haruslah menjadi tumpuan mereka. Tidak sempat kami duduk, seorang demi seorang rakyat Jordan datang meminta izin untuk bergambar bersama kami.

Dalam keseronokan dan keterujaan kami melayan dan memerhatikan suasana sekeliling kami, seorang kakak yang juga turut mengikuti GMJ tersebut mengumpulkan kami. Kami dengan akur, segera menyahut panggilan itu.

Kakak itu memulakan bicaranya: Ok, kita dah seronok tengok orang-orang sekeliling, beli topi, gelak-gelak, jom kita duduk dan beriman sejenak. Takut-takut niat kita dah lari. Kita datang sini bukan hanya untuk bersuka-riakan? Kita ada matlamat yang sangat besar. Kita nak buktikan yang kita juga mahu Palestin di bebakan dari kecaman Zionis laknatullah.

Jadi, jom kita sama-sama istighfar dan kita tadabbur satu ayat quran. Ok, jom buka Quran Surah Al-Anfal ayat 60. Apa ALLAH kata dalam ayat tu?

'Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh ALLAH, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya tetapi ALLAH mengetahui. Apa saja yang kamu infakkan di jalan ALLAH nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).'    

Erm.. adik-adik tahu tak, ayat ni diturunkan selepas perang yang pertama dalam islam, iaitu.... sapa tahu angkat tangan...

ye, adik yang comel pakai spec tu apa jawapan dia?

adik comel: perang badar

kakak: ye, tepat sekali. Ayat ni diturunkan selepas perang badar, tetapi kenapa susunan ayat ni seolah-olah diturnkan sebelum pergi ke perang? Sebab, sebenaranya ALLAH nak beritahu dekat semua umat islam pada masa itu yang, perang badar ini merupakan perang yang pertama, dan akan ada perang-perang lain yang akan menyusul, jadi hendaklah semua orang bersedia.

Seterusnya, dari segi apa ALLAH suruh kita bersedia?
Dalam ayat ni, ALLAH suruh kita bersedia dari dua aspek:

1. 'kekuatan yang kamu miliki'
Bagaimana nak dapat kekuatan, ialah bermula dalam diri kita, kalau kita rasa diri kita kuat, insya ALLAH     kekuatan itu ALLAH akan bagi. Kalau kita rasa lemah, kita tidak akan mampu menggentarkan musuh, walhal kita yang akan lari lintang pukang bila berhadapan dengan mereka... Jadi perediaan yang pertama adalah persediaan dalaman.

2. 'pasukan berkuda' 
Kalau kita teliti ayat ni, ALLAH menggunakan 'Al-Khail' sebagai jenis kuda. Tahukah anda, dalam spesis kuda, 'Al-Khail' adalah jenis kuda yang paling cantik kulitnya, berkilat badannya, lurus dan lembut rambutnya seperti iklan shampoo 'guna jari pon boleh', pendek kata, kuda ini adalah kuda yang paling berkualiti antara spesis kuda yang lain. ALLAH beri kita jenis kuda ini adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa persediaan yang dilakukan mestilah yang terbaik. Bukan hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam. Persediaan yang kedua adalah persediaan luaran.

Apabila umat islam telah mempunyai kedua-dua persediaan tadi, ia akan menggentarkan musuh ALLAH, musuh kita dan ALLAH sambung dalam ayat ni 

              'dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya tetapi ALLAH mengetahui.' 

Betapa spesialnya kekuatan yang dibina oleh orang islam ini sehingga orang yang kita tidak tahu pun siapa akan takut dengan kita. Subhanallah.. Mungkinla musuh yang berada depan mata kita bagai tidak ada respon, tetapi mungkin ia akan membuka mata sesiapa sahaja yang sedang tidur-tidur ayam, mahupun yang sedang lena tidur diulit mimpi. Benarlah kata-kata ALLAH didalam surah Al-Munafiqun ayat 8:

' ...Padahal kekuatan itu hanyalah bagi ALLAH, Rasulnya dan orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui'




Dan, pengakhiran ayat ini ALLAH tutup dengan ganjaran yang kita akan terima jika kita menginfakkan harta dan jiwa kita semata-mata untuk-NYA.

Dalam hidup kita ini, akan ada banyak ujian yang kita perlu lalui, sama ada ujian dunia (periksa) ataupun ujian akhirat (perasaan dan apa-apa yang kita rasa itu ujian yang ALLAH beri). Jadi, kita perlu bersedia setiap masa untuk menempuh ujian-ujian tersebut. Ujian itu akan mengangkat darjat kita dari satu darjat kepada satu darjat insya ALLAH, dan ujian itu sebenarnya mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Tanpa persediaan yang lengkap kita tidak akan mampu menempuh ujian-ujian ini. 

Selasa, 3 April 2012

'Tiada seorang pun yang masuk syurga kecuali dia menyesal'

Jangan-jangan salah faham dengan tajuk diatas,
jangan serang saya..
baca post ni sampai habis dulu...

Kata- kata diatas bukan saya yang reka, bukan sepupu nenek saya yang cakap kat saya, tetapi ia telah diungkapkan oleh seorang ulama'.

Kata-kata ini telah terpacul daripada mulut ibu saya ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Aliya, Jordan untuk  pulang ke Malaysia setelah berada kurang lebih dua hari bersama ikhwah akhawat di Jordan...

Dalam masa yang singkat itu saya mengambil peluang untuk menanyakan soalan yang selama ini telah bermain-main di fikiran saya. Saya  tahu perkara yang hendak di tanyakan itu adalah soalan yang saya fikir semua orang dah tahu jawapannya, tetapi saya tidak tahu sama ada mereka mengamalkan ataupun tidak terhadap apa yang mereka tahu... Soalan yang diajukan sebenarnya lebih kepada bagaimana saya hendak menjawab persoalan tentang perkara tersebut.

Jadi, perbualannya terjadi begini... jeng jeng jeng

saya: 'mama, Ti (bukan nama sebenar) nak tanya sikit boleh?

mama: 'tanyalah'

saya: 'Ti kan tau yang berhubungan dengan lelaki itu tak boleh, maksudnya borak-borak kosong, mesej-           mesej, chat kat FB, atau apa-apalah yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan. Tapi, sebenarnya kenapa kita tak boleh buat semua tu eh?

mama: 'Ok, sebenarnya, kenapa kita nak borak dengan laki? Saja borak-borak, tak dapat apa-apa, buat apa? Banyak lagi perkara berfaedah yang kita boleh buat..

saya: (angguk tanda setuju)

mama: Macam ni la, Ti tau tak, manusia ni, hanya ada tiga benda sahaja yang dia akan buat dalam hidup ni. Satu, perkara yang ALLAH larang, yang kalau kita buat, kita akan dapat dosa dan kita akan masuk neraka di atas perbuatan kita itu. Na'uzubillah. Kedua, perkara yang ALLAH suruh kita buat, ataupun sunnah-sunnah Rasulullah yang kalau kita buat perkara ni, insya ALLAH kita akan dapat ganjaran pahala dan tempatnya adalah syurga insya ALLAH. Ketiga, perkara yang tidak bagi kita manfaat ataupun mudarat, tapi, ia akan merugikan masa, tenaga dan idea kita.

saya: angguk lagi

mama: Jadi kenapa kita nak membazirkan waktu-waktu kita untuk perkara yang kita tak akan dapat apa-apa ganjaran pun terhadap perkara tersebut. Ti tau, ada ulama' kata "TIADA SEORANG PUN YANG MASUK SYURGA KECUALI DIA MENYESAL".

saya: ha! nape macam tu pulak??

mama: Sebab, semasa di padang mahsyar nanti, masa ALLAH sedang hisab amalan kita, kita tunggu lama sangat depan ALLAH kerana banyaknya amalan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat pun pada kita. Jadi ahli syurga akan menyesal kenapa kita tidak buat perkara yang lebih bermanfaat pada waktu dan saat itu.

saya: Apa kaitan dengan hubungan laki dan perempuan?

mama: herm, bukan ke perkara itu membazirkan masa dan tenaga kita sedangkan ianya tidak akan memberi pahala dan boleh mempercepatkan hisab kita di akhirat sana, betul tak?

saya: betul-betul.

mama: tak ada pointla kan saja-saja nak borak, kacau-kacau orang, tak bagi apa-apa pun dekat kita.

saya: Macam mana kalau kita  terjatuh cinta?

mama: erm, kita tengok pulak kenapa kita suka kat laki tu, adakah hanya kerana rupa para dia, ataupun sebab lain..

saya: Tapi Ti takut tengok kawan-kawan Ti, Ti dah cuba tegur, tapi lepas Ti tegur diorang macam tak boleh terima.. mungkin sebab uslub tak betul kot..

mama: takpelah yang penting Ti jaga hubungan dengan dia dan doakan dia, insya ALLAH, ALLAH akan bantu..

Begitulah sedikit sebanyak apa yang diperbualkan..
Alhamdulillah sekarang saya dah tahu kenapa saya tak boleh berhubungan dengan lelaki, bukan hanya sekadar buat tapi tak tahu kenapa.. harap-harap anda juga dapat mengambil sedikit iktibar daripada perubualan ini.

p/s: Alhamdullilah.. setelah sekian lama tidak duduk di depan laptop untuk meng'update' blog ini, hari ni ALLAH bagi saya peluang, masa dan idea untuk mencoret sedikit pengalaman.. 

Sabtu, 24 Mac 2012

Bersihkan Hati sendiri, sebelum bersihkan hati orang lain...

Anda semua masih ingat atau tidak peristiwa belah dada yang berlaku ke attas kekasih agung kita Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam... erm... jom kita sama-sama recall

Pada umur Nabi dalam lingkungan 2-4 tahun, baginda telah dijaga dan disusui oleh Halimatus Saadiah, wanita yang duduk jauh ke dalam kawasan perkampungan. Wanita yang miskin mulanya, dan diberi keberkatan oleh ALLAH setelah mengambil Nabi Muhammad sebagai anak susuannya. Susu yang sedikit, menjadi banyak, tunggangan yang lemah menjadi kuat, dan tanaman yang layu menjadi subur dengan tiba-tiba.. Subhanallah

Nabi Muhammad juga seperti kanak-kanak lain yang bermain bersama adik-beradik susuannya, tapi hari itu, ada sesuatu pelik yang berlaku, sedang baginda bermain, datang dua orang lelaki kepada nabi, menjatuhkan nabi dan tiba-tiba membelah dada baginda.

Setelah melihat kejadian tersebut, adik-beradik nabi yang lain terus mendapatkan ibu mereka dengan tergesa-gesa. Halimah datang dan terus berlari ke arah baginda yang tampak pucat lesi akibat kejadian yang mengejutkan itu.

-TAMAT-

Anda semua pernah tak terfikir, kenapa ALLAH mengutuskan para malaikat kepada nabi Muhammad untuk membelah dada baginda dan membersihkan hati baginda, dan peristiwa ini berlaku semasa baginda masih kecil dan sebelum baginda diangkat menjadi nabi dan Rasul buat seluruh alam.,

erm.. setelah belajar Fiqh Sirah yang ditulis oleh Said Ramdhan Al- Butti dan beberapa cerita daripada orang, saya dapat tahu sebenarnya kenapa ALLAH buat semua perkara ini pada Nabi. Anda semua nak tahu tak??

Rupa-rupanya ALLAH jadikan semua peristiwa yang nabi lalui ini adalah sebagai penunjuk jalan bagi mereka yang mengucapkan kalimah LA ILAHA ILA ALLAH, yaitulah seorang Da'ei.

Jadi, apa sebenarnya 'ibrah yang mampu kita ambil dari peristiwa belah dada di atas?

ha! ALLAH jadikan peristiwa ini sebelum nabi Muhammad di angkat menjadi rasul dan sebagai pembawa risalah suci ISLAM ini untuk menunjukkan kepada kita bahasawanya sebelum menjadi seorang daei yang juga menyampaikan risalah suci sebagaimana nabi Muhammad, kita juga perlu membersihkan hati kita dari segala karat-karat jahiliyah, menghindari dosa-dosa kecil dan meninggalkan dosa-dosa besar. 

Kita kena selalu ingat, membawa amanah yang besar ini bukan semudah membawa beg galas setiap hari ke sekolah atau ke universiti, beratnya ia sampaikan apabila ALLAH memberi amanah ini kepada gunung dan langit, mereka menolak. 

'Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, tetapi semuanya enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh'
(33:72)

Jadi untuk membawa risalah ini, perlukan satu hati yang suci. Hati yang sentiasa mengharapkan keredhaan-NYA, hati yang hanya DIA didalamnya, hati yang mempunyai sepenuh tawakkal kepada-NYA, hati yang  sentiasa mendambakan cinta-NYA, hati yang sentiasa khuusyu' mengangati-NYA pada setiap waktu dan tempat, hati yang didalamnya tiada sifat al-wahan yaitu cintakan dunia dan takut mati, hati yang tiada didalamnya cinta selain DIA dan orang-orang yang disuruh ALLAH untuk mencintai mereka, bukan cinta kepada yang bukan halal baginya. 

Layakkah orang yang mempunyai hati yang kotor membawa risalah yang suci murni ini? air mata mengalir deras....



Sabtu, 17 Mac 2012

HIDAYAH


Hidayah itu milik ALLAH,
Mari kita sama-sama mencari hidayah-NYA

Jumaat, 16 Mac 2012

manusia akan sama seperti keldai kalau......

takoootnya tajuk post kali ni....

minta maaf kerana tajuk yang sangat ekstrem, tapi bukan saya tau yang  buat perumpamaan ni, ALLAH yang buat. Tak percaya? Ha! Cuba anda semua tengok ayat di bawah ni...

"Perumpamaan orang-orang yang diberi tugas membawa Taurat kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat ALLAH. Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim"
(62:5)

Sekarang dah percaya? Ok, kembali pada hadaf...

Pertama sekali, kenapa ALLAH membuat perumpamaan dengan keldai?

ha! nak tahu tak, ALLAH ciptakan keldai ni, secara zahirnya yang kita boleh nampak dengan mata kasar, tugas keldai hanyala untuk mengangkat barang-barang yang berat, dan memanjat tempat-tempat yang tinggi untuk membawa barang-barang tersebut. Kalau dekat Petra, Jordan, hanya keldai sahaja yang boleh bawak kita sampai ke puncak, kuda dan unta tidak akan mampu. Betapa kuatnya ALLAH jadikan keldai.. Subhanallah.

secondly, walaupun ALLAH sebut dalam ayat tu Taurat, tapi kita sebagai pembawa Al-Quran perlu terasa juga kerana kedua-duanya adalah dari ALLAH, dan kedua-duanya datang dengan tanggungjawab. Quran bukan hanya sekadar untuk dibaca setiap hari menjadi rutin, tetapi ianya perlu ditadabbur supaya kita dapat amalkan apa yang ALLAH mahu dalam hidup ini.

Apabila kita sudah tahu bahawa dalam Al-Quran ada menyebut bahawasanya kita hidup di dunia ini hanyalah untuk dua tujuan yaitu:

'dan ingatlah ketika AKU berfirman kepada malaikat, "sesungguhnya AKU ingin menjadikan KHALIFAH di bumi' (2:30)

dan

'tidak AKU jadikan jin dan manusia kecuali untuk berIBADAH kepada-KU' (51:56)

Maka, sepatutnya, segala apa yang kita buat kat dunia ini menepati dua tujuan hidup ini...

Jadi, adakah hidup kita ini sudah menepati kedua tujuan hidup ini?

Jika tidak, marilah kita sama-sama membina diri untuk melaksanakannya, kerana jika kita tidak berbuat demikian, kita hanya akan jadi seperti keldai yang hanya tahu mengangkat barang tetapi tidak tahu apa yang dibawanya.

mahukah kita jadi seperti ini?






Selasa, 13 Mac 2012

Susahnya nak jaga HATI



Hari ini, saya tak tahu apa yang saya rasa.
sedih... gembira...
saya tak tahu nak describe apa,
saya rasa macam nak nangis,
tapi saya tak tahu sebab apa saya rasa nak nangis.

saya cuba untuk senyum tapi,
saya rasa senyuman saya tak macam biasa,
rasa macam ada kepura-puraan di setiap senyuman saya.

dalam kelas pun jadi tak fokus,
kejap-kejap mengelamun,
bila orang tanya apa yang doktor cakap,
satu pun tak boleh jawab,
ASTAGHFIRULLAH....

Lepas tu, saya baca quran dan tiba-tiba terjumpa ayat ni...

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab Neraka. Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka): Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya). 
(40:7-9) 
Walaupun ayat ni tak ada kaitan dengan hati, tapi dalam ayat ni ALLAH tunjukkan betapa penyayangnya ALLAH, sampaikan ALLAH menciptakan Malaikat dan ALLAH jadikan malaikat itu bukan sahaja untuk beribadah kepada-NYA, tetapi ALLAH menjadikan malaikat untuk mendoakan orang-orang yang beriman supaya di masukkan ke dalam rahmat-NYA. Betapa baiknya ALLAH yang menjadikan Malaikat mendoakan kepada orang-orang yang beriman untuk masuk ke dalam syurganya. Dan betapa baiknya ALLAH menjadikan malaikat itu mendoakan kita supaya terhindar dari segala kejahatan yang kita lakukan dan ALLAH terangkan pada ayat ke sembilan bahawa orang yang terhindar dari kejahatan itu adlah orang yg berjaya... 

Subhanallah, selepas baca ayat ni, saya terus terfikir...
layakkah aku menjadi salah seorang daripada mereka yang didoakan oleh malaikat dengan berbagai-bagai doa ini??
layakkah aku jika hati ini asyik lalai dari mengingati-NYA?
layakkah aku jika hati ini selalu cenderung hanya pada dunia?

Jadi, saya ingin memohon maaf jika saya sedang badmood saya ada melanggar hak-hak kamu sebagai saudara seaqidah..

Isnin, 12 Mac 2012

KONY 2012

Orang bukan islam berusaha untuk membantu manusia yang lain untuk keluar daripada seksa dunia. Mereka berusaha bersungguh-sungguh hingga menjadikan satu dunia membuka mata dan cakna.

Mereka lakukan ini atas dasar kemanusiaan, mereka membantu hanya kerana mereka kasihan dengan rakyat Uganda yang telah hidup merana selama berpuluh-pulu tahun. Dan mereka berjaya menyedarkan pemimpin-pemimpin mereka untuk bangkit menentang keganasan ini. Dan mereka juga berjaya membangkitkan semangat kemanusiaan kepada seluruh dunia untuk membantu Uganda.


Tetapi kita,
Apa yang kita telah buat untuk membebaskan umat islam di Palestin daripada penjajahan Yahudi.
Apa yang kita dah buat untuk sedarkan kepada dunia bahawa apa yang mereka buat terhadap rakyat Palestin sangat kejam.
Kita perlu ingat yang kita perlu bantu mereka bukan hanya atas dasar kasihan dan kemanusiaan. Tetapi kita perlu bantu mereka atas dasar aqidah kita.
Kenapa orang yang bukan islam sungguh semangat memperjuangkan hak kemanusiaan, tetapi umat islam bagaikan terus lena diulit mimpi dunia.
Dan kita perlu ingat, apabila kita tidak menjalankan tanggungjawab yang kita galas sebagai orang islam ini dengan bersungguh-sungguh, ALLAH akan gantikan kita dengan kaum yang lebih DIA sayangi, tidak mahukah kita menjadi salah seorang orang yang ALLAH sayangi?

Jadi, marilah kita sama-sama bangun dari lena yang terlalu panjang sebelum ini, dan sama-sama kita berusaha untuk sama-sama menaikkan islam kembali dan menjadi new world order. insya ALLAH.

Sila cabut chewing gum yang ada di kasut anda




Assalamualaikum kawan-kawan,
Hari ni nak share satu hadith dengan anda semua...

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Dalam hadith ni, Rasulullah sebut macam mana kita nak capai halawatul iman ataupun dalam bahasa jawa dia kemanisan iman...

Saya, bknla ahli muhaddith untuk terangkan dengan mendalam tentang hadith ni.. tapi saya adalah manusia yang ingin mencari saham-saham akhirat dengan menyatakan apa yang faham daripada hadith ini, dan saya tak berniat untuk sentuh semuanya... saya hanya ingin menyentuh ayat yang telah saya boldkan sahaja, boleh yea teman-teman?

Telah terang, jelas lagi bersuluh, Rasulullah bersabda dalam hadith ni kalau kita nak rasa kemanisan iman itu, kita haruslah dengan sepenuh rela hati meninggalkan jahiliyah yang ada dalam diri kita.

Tapi, sebelum tu, apakah makna jahiliyah ini sebenarnya?? bukan ke jahiliyah ni orang yang takde pegangan sebelum zaman rasulullah dulu tu?? <-- ada tak soalan ni dalam kepala anda? 

hurm, sebenarnya jahiliyah ni bukan hanya sekadar pada zaman jahiliyah sahaja dan bukan orang-orang di waktu itu je dipanggil orang jahiliyah, tapi sedar atau tidak kita juga boleh termasuk orang jahiliyah jika kita menepati terma dan syarat untuk menjadi orang jahiliyah... apakah terma dan syaratnya pulak ni??

erm... untuk menjadi orang jahiliyah sangat mudah anda hanya perlu melakukan mana-mana sifat yang syaitan suka contohnya riya', ujub, takbur, sum'ah, dengki, membuang masa, dan selebihnya anda senaraikanla sendiri ye... 

ok, sekarang ni, kenapa kita perlu keluarkan jahiliyah dari diri kita? 
cuba tengok ayat ni...

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(2:208)
 Dalam ayat diatas, ALLAH memerintahkan kepada orang-orang yang beriman untuk masuk ke dalam islam secara keseluruhannya, yakni, segala yang ALLAH perintahkan kepada kita wajib untuk kita taati dan tepati.

Kalau anda semua nak tahu, ayat ini diturunkan di Madinah Al-Munawwarah. Ayat ini juga merupakan antara ayat yang akhir turun. Pada masa ini, islam hampir sempurna diturunkan. Tapi tiba-tiba ALLAH turunkan ayat ni kepada sahabat-sahabat yang sangat kuat peganggannya seperti Abu Bakar yang kalau kita timbang iman Abu Bakar dengan iman semua umat manusia, tak akan sama dengan iman Abu Bakar. Ayat ini diturunkan kepada Umar Al-Khattab yang berubah 360 darjah setelah memeluk agama islam, diturunkan kepada Mus'ab bin Umair yang telah mengislamkan ahli madinah.

Bayangkan, masa tu sahabat-sahabat semua soleh-soleh, tapi ALLAH suruh juga masuk ke dalam islam secara keseluruhannya. Ini menyatakan kepada kita bahawa, sahabat yang kita rasa dah cukup menjadi super saiya peringkat infiniti itu pun ALLAH masih tegur untuk masuk ke dalam islam secara keseluruhan. Apatah lagi kita yang hanya hamba-NYA yang sering kali lalai dalam melakukan suruhan-NYA.

Ada satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Kisah ini berlaku antara Abu Dzar dan Bilal bin Rabah.
Pada suatu hari, mereka ini bergaduh disebabkan sesuatu perkara yang perkara itu tidaklah saya ketahui, minta maaf ='(. Di tengah pergaduhan itu, tiba-tiba Abu Dzar mengejek Bilal dengan memanggilnya 'anak hitam' atau lebih kurang macam tulah, lepas tu, Bilal pergi mengadu kepada Rasulullah tentang perihal tadi. Rasulullah berkata kepada Abu Dzar, "masih ada jahiliyah dalam diri kamu'.

So, dalam ayat quran dan hadith di atas, kedua-duanya mengajak kita untuk meninggalkan jahiliyah yang ada dalam diri kita. Maknanya, untuk tinggalkan jahiliyah ni bukan hanya suruhan orang biasa, tapi ianya adalah suruhan ALLAH dan Rasul-NYA sendiri.

Jadi, marilah kita bersama-sama mengeluarkan apa yang bukan islam dalam hati kita, dan menanam segala sifat islam dalam hati kita yang baru.

jom miliki hati yang baru!

Semoga sedikit usaha ini dapat menjauhkan saya dari api neraka.



Jumaat, 2 Mac 2012

REMAJA PALESTIN

bangkitlah wahai remaja!

Remaja mereka, bukan macam remaja kita,
remaja kita, bila disergah sedikit terus jatuh terkulai,
remaja mereka, walaupun berhadapan dengan kereta kebal,
tetap berdiri teguh mahu berlawan,
remaja kita, hari-hari makan tak hengat dunia,
remaja mereka, tak makan tiga hari perkara biasa,
remaja kita, al-quran hanya dipandang dan dibuka sekali-sekala,
remaja mereka, al-quran tersemat indah di dada,
remaja kita, masih lagi bermain meriam di malam raya,
remaja mereka, bermain senapang dan bom ke mana saja, setiap masa,
remaja kita, orang kafir pijak bagai membunuh semut yang melata,
remaja mereka, ditakuti orang kafir,
 walaupun hanya bersenjatakan batu kerikil di jalan raya,
remaja kita, masih lagi menangis kerana kehilangan pakwa dan makwa,
remaja mereka, menangis kerana takutkan yang Maha ESA,
remaja kita,  sibuk mengejar dunia bagaikan akhirat tidak akan pernah ada,
remaja mereka, sibuk mempersiapkan diri mengejar syahid,
 kerana meraka tahu syurga pasti milik mereka.....
'aku tak risaukan kami di sini, tapi aku risaukan kamu di sana yang sedang diuji ALLAH dengan kenikmatan dunia yang penuh dengan tipu daya'

Khamis, 1 Mac 2012

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah, Maha Penyayang

tolong ajar saya menulis boleh???
                                              
Sebagai permulaan, saya ingin mengajak anda semua untuk sama-sama kita perbetulkan niat kita, supaya segala yang kita lakukan hanya untuk DIA,

Blog ini ditubuhkan hanya untuk berkongsi rasa dan cerita sepanjang saya berada di Jordan ini...
Juga  ingin saya kongsikan disini betapa saya bahagia berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini...

Saya harap blog ini akan memberi sedikit manfaat kepada orang yang membacanya..

Saya harapkan kritikan dan pembina semangat dari anda-anda yang sudi membaca karya kerdil saya ini,

Maafkan aku seandainya sepanjang saya berkarya ini ada yang mengguris hati anda-anda yang membaca ataupun ada antara karya saya yang tidak memenuhi citarasa pembaca sekalian....

Akhir kata, saya harap blog ini akan menambah saham-saham kita diakhirat sana insya ALLAH =)