Hari ini, saya tak tahu apa yang saya rasa.
sedih... gembira...
saya tak tahu nak describe apa,
saya rasa macam nak nangis,
tapi saya tak tahu sebab apa saya rasa nak nangis.
saya cuba untuk senyum tapi,
saya rasa senyuman saya tak macam biasa,
rasa macam ada kepura-puraan di setiap senyuman saya.
dalam kelas pun jadi tak fokus,
kejap-kejap mengelamun,
bila orang tanya apa yang doktor cakap,
satu pun tak boleh jawab,
ASTAGHFIRULLAH....
Lepas tu, saya baca quran dan tiba-tiba terjumpa ayat ni...
Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab Neraka. Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka): Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya).
(40:7-9)
Walaupun ayat ni tak ada kaitan dengan hati, tapi dalam ayat ni ALLAH tunjukkan betapa penyayangnya ALLAH, sampaikan ALLAH menciptakan Malaikat dan ALLAH jadikan malaikat itu bukan sahaja untuk beribadah kepada-NYA, tetapi ALLAH menjadikan malaikat untuk mendoakan orang-orang yang beriman supaya di masukkan ke dalam rahmat-NYA. Betapa baiknya ALLAH yang menjadikan Malaikat mendoakan kepada orang-orang yang beriman untuk masuk ke dalam syurganya. Dan betapa baiknya ALLAH menjadikan malaikat itu mendoakan kita supaya terhindar dari segala kejahatan yang kita lakukan dan ALLAH terangkan pada ayat ke sembilan bahawa orang yang terhindar dari kejahatan itu adlah orang yg berjaya...
Subhanallah, selepas baca ayat ni, saya terus terfikir...
layakkah aku menjadi salah seorang daripada mereka yang didoakan oleh malaikat dengan berbagai-bagai doa ini??
layakkah aku jika hati ini asyik lalai dari mengingati-NYA?
layakkah aku jika hati ini selalu cenderung hanya pada dunia?
Jadi, saya ingin memohon maaf jika saya sedang badmood saya ada melanggar hak-hak kamu sebagai saudara seaqidah..

maafmu diterima. eheh~ Peace kakak 'kalam daie' !! (^^,)
BalasPadamhuhu, adik 'the pencil' doakan saya terus kuat dalam mengupdate blog ye ^-^
BalasPadam