Isnin, 12 Mac 2012

Sila cabut chewing gum yang ada di kasut anda




Assalamualaikum kawan-kawan,
Hari ni nak share satu hadith dengan anda semua...

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Dalam hadith ni, Rasulullah sebut macam mana kita nak capai halawatul iman ataupun dalam bahasa jawa dia kemanisan iman...

Saya, bknla ahli muhaddith untuk terangkan dengan mendalam tentang hadith ni.. tapi saya adalah manusia yang ingin mencari saham-saham akhirat dengan menyatakan apa yang faham daripada hadith ini, dan saya tak berniat untuk sentuh semuanya... saya hanya ingin menyentuh ayat yang telah saya boldkan sahaja, boleh yea teman-teman?

Telah terang, jelas lagi bersuluh, Rasulullah bersabda dalam hadith ni kalau kita nak rasa kemanisan iman itu, kita haruslah dengan sepenuh rela hati meninggalkan jahiliyah yang ada dalam diri kita.

Tapi, sebelum tu, apakah makna jahiliyah ini sebenarnya?? bukan ke jahiliyah ni orang yang takde pegangan sebelum zaman rasulullah dulu tu?? <-- ada tak soalan ni dalam kepala anda? 

hurm, sebenarnya jahiliyah ni bukan hanya sekadar pada zaman jahiliyah sahaja dan bukan orang-orang di waktu itu je dipanggil orang jahiliyah, tapi sedar atau tidak kita juga boleh termasuk orang jahiliyah jika kita menepati terma dan syarat untuk menjadi orang jahiliyah... apakah terma dan syaratnya pulak ni??

erm... untuk menjadi orang jahiliyah sangat mudah anda hanya perlu melakukan mana-mana sifat yang syaitan suka contohnya riya', ujub, takbur, sum'ah, dengki, membuang masa, dan selebihnya anda senaraikanla sendiri ye... 

ok, sekarang ni, kenapa kita perlu keluarkan jahiliyah dari diri kita? 
cuba tengok ayat ni...

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(2:208)
 Dalam ayat diatas, ALLAH memerintahkan kepada orang-orang yang beriman untuk masuk ke dalam islam secara keseluruhannya, yakni, segala yang ALLAH perintahkan kepada kita wajib untuk kita taati dan tepati.

Kalau anda semua nak tahu, ayat ini diturunkan di Madinah Al-Munawwarah. Ayat ini juga merupakan antara ayat yang akhir turun. Pada masa ini, islam hampir sempurna diturunkan. Tapi tiba-tiba ALLAH turunkan ayat ni kepada sahabat-sahabat yang sangat kuat peganggannya seperti Abu Bakar yang kalau kita timbang iman Abu Bakar dengan iman semua umat manusia, tak akan sama dengan iman Abu Bakar. Ayat ini diturunkan kepada Umar Al-Khattab yang berubah 360 darjah setelah memeluk agama islam, diturunkan kepada Mus'ab bin Umair yang telah mengislamkan ahli madinah.

Bayangkan, masa tu sahabat-sahabat semua soleh-soleh, tapi ALLAH suruh juga masuk ke dalam islam secara keseluruhannya. Ini menyatakan kepada kita bahawa, sahabat yang kita rasa dah cukup menjadi super saiya peringkat infiniti itu pun ALLAH masih tegur untuk masuk ke dalam islam secara keseluruhan. Apatah lagi kita yang hanya hamba-NYA yang sering kali lalai dalam melakukan suruhan-NYA.

Ada satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Kisah ini berlaku antara Abu Dzar dan Bilal bin Rabah.
Pada suatu hari, mereka ini bergaduh disebabkan sesuatu perkara yang perkara itu tidaklah saya ketahui, minta maaf ='(. Di tengah pergaduhan itu, tiba-tiba Abu Dzar mengejek Bilal dengan memanggilnya 'anak hitam' atau lebih kurang macam tulah, lepas tu, Bilal pergi mengadu kepada Rasulullah tentang perihal tadi. Rasulullah berkata kepada Abu Dzar, "masih ada jahiliyah dalam diri kamu'.

So, dalam ayat quran dan hadith di atas, kedua-duanya mengajak kita untuk meninggalkan jahiliyah yang ada dalam diri kita. Maknanya, untuk tinggalkan jahiliyah ni bukan hanya suruhan orang biasa, tapi ianya adalah suruhan ALLAH dan Rasul-NYA sendiri.

Jadi, marilah kita bersama-sama mengeluarkan apa yang bukan islam dalam hati kita, dan menanam segala sifat islam dalam hati kita yang baru.

jom miliki hati yang baru!

Semoga sedikit usaha ini dapat menjauhkan saya dari api neraka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan