Isnin, 12 Mac 2012

KONY 2012

Orang bukan islam berusaha untuk membantu manusia yang lain untuk keluar daripada seksa dunia. Mereka berusaha bersungguh-sungguh hingga menjadikan satu dunia membuka mata dan cakna.

Mereka lakukan ini atas dasar kemanusiaan, mereka membantu hanya kerana mereka kasihan dengan rakyat Uganda yang telah hidup merana selama berpuluh-pulu tahun. Dan mereka berjaya menyedarkan pemimpin-pemimpin mereka untuk bangkit menentang keganasan ini. Dan mereka juga berjaya membangkitkan semangat kemanusiaan kepada seluruh dunia untuk membantu Uganda.


Tetapi kita,
Apa yang kita telah buat untuk membebaskan umat islam di Palestin daripada penjajahan Yahudi.
Apa yang kita dah buat untuk sedarkan kepada dunia bahawa apa yang mereka buat terhadap rakyat Palestin sangat kejam.
Kita perlu ingat yang kita perlu bantu mereka bukan hanya atas dasar kasihan dan kemanusiaan. Tetapi kita perlu bantu mereka atas dasar aqidah kita.
Kenapa orang yang bukan islam sungguh semangat memperjuangkan hak kemanusiaan, tetapi umat islam bagaikan terus lena diulit mimpi dunia.
Dan kita perlu ingat, apabila kita tidak menjalankan tanggungjawab yang kita galas sebagai orang islam ini dengan bersungguh-sungguh, ALLAH akan gantikan kita dengan kaum yang lebih DIA sayangi, tidak mahukah kita menjadi salah seorang orang yang ALLAH sayangi?

Jadi, marilah kita sama-sama bangun dari lena yang terlalu panjang sebelum ini, dan sama-sama kita berusaha untuk sama-sama menaikkan islam kembali dan menjadi new world order. insya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan