Sabtu, 28 April 2012

'Ayah aku adalah ISLAM'

'Oleh itu, aqidah seorang mu'min merupakan tanahairnya, kaumnya dan keluarganya, dan di atas aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu, bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar'
-Muqaddimah Fi Zilal Al-Quran, Syed Qutb-

Apabila membaca kata-kata ini, saya teringat dua kisah sahabat yang menjadikan orang islam itu benar-benar seperti keluarganya sendiri. Sanggup mengorbankan keluarga sendiri demi untuk menegakkan islam di atas muka bumi.

Antara mereka adalah Mus'ab bin Umair...

Ketika berlakunya perang pertama dalam ISLAM, yakni Perang Badar, beliau telah bertembung dengan adiknya yang berada di pihak lawan. Ketika adiknya sedang bertempur dengan salah seorang tentera Islam dalam pertempuran yang sangat sengit, adiknya hampir kalah di tangan tentera Islam tersebut. Sejurus terlihat Mus'ab dari jauh adiknya terus memanggilnya dan meminta pertolongan darinya. "Abang! tolongla aku, aku adalah adik mu".. Tetapi, malangnya Mus'ab meluru ke arah pertempuran itu dan membantu tentera islam tersebut untuk mengalahkan adiknya. Adiknya sangat terkejut dan bertanya kepada Mus'ab, 'mengapa engkau menolong dia bukannya aku? Bukankah aku adalah saudaramu?' Mus'ab menjawab dengan tegas 'Tentera islam ini adalah saudaraku bukannya kamu, ayah aku adalah ISLAM, kau tiada hubungan saudara denganku'.

dan Abu 'Ubaidah Al-Jarrah...

Beliau juga adalah salah seorang tentera didalam perang badar. Ketika perang ini berlangsung, beliau dengan penuh semangat kepahlawanan menerobos masuk ke barisan lawan. Dalam masa yang sama, beliau dikejari oleh seorang tentera musuh, beliau cuba mengelak untuk bertembung dengannya, tetapi tentera itu tetap tegar ingin berhadapan dengan Abu Ubaidah. Setelah penat berkejaran, dan dirasakan waktu dan tempat adalah sangat strategik, beliau bertempur dengan musuh tersebut dan berjaya membunuhnya. Apa yang menakjubkan adalah, musuh tersebut merupakan ayahnya sendiri.. Setelah membunuh ayah yang tersayang, Abu Ubaidah berkata 'Aku tidak membunuh ayahku, tetapi aku membunuh Jahiliyah yang ada dalam dirinya', disebabkan pengorbanannya ini, ALLAH telah menurunkan satu ayat untuk beliau yaitu, ayat 22 surah al-mujadalah.

Lihatlah betapa mereka ini, sanggup membunuh ahli keluarga mereka sendiri demi menegakkan agama islam. Meraka tahu bahawa apa yang menyatukan antara manusia bukanlah sekadar hubungan darah, tetapi ikatan yang lebih kuat adalah ikatan aqidah.

Apa yang saya dapat daripada kata-kata Syed Qutb diatas ialah, dimana pun kita berada, kita adalah bersaudara dengan semua umat islam di seluruh dunia. Tidak ada yang lebih mulia daripada hati-hati yang bergabung dan bersatu untuk mengingati ALLAH.

Jadi dengan ini saya menghulurkan salam persaudaraan kepada umat islam di seluruh dunia, semoga hati-hati kita akan sentiasa bersatu padu untuk menjadikan islam sebagai 'new world order'.

Jom baca doa rabithah ramai-ramai..










Jumaat, 20 April 2012

*dush*

Tadi, saya baca kahfi...
baca sambil tengok makna...
tiba-tiba, rasa tersentak bila sampai pada dua ayat yang...
entahla, saya rasa sangat terkena dengan situasi saya sekarang..

'Katakanlah (Muhammad), 'Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?' (yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya'
(Al-Kahfi: 102-103)


Rasa ayat ni macam ditujukan kepada diri sendiri, sebab kita sebagai da'ie kadang-kadang rasa kita dah buat sehabis baik dalam Dakwah dan Tarbiyah ni, tapi sebenarnya amalan kita hanyalah sia-sia. 

Mungkin kerana niat kita yang tidak lurus sejak dari mula, ataupun mungkin kerana dosa-dosa kita yang terlampau banyak dan kelewatan kita untuk meminta ampun atas dosa itu...

ASTAGHFIRULLAH....

Ya ALLAH bantulah kami dalam menjalani kehidupan kami yang selanjutnya ini dan jadikanlah kami termasuk dalam hamba-hamba-MU yang sering bertaubat...

Rabu, 4 April 2012

Bersedialah...

Alhamdulillah, pada 30 mac 2012, saya sempat mengikuti Global March to Jurusalem ataupun lebih dikenali sebagai GMJ di Jordan. Amat terkejut apabila saya menyaksikan ramainya rakyat Jordan turut mengikuti GMJ ini. 



Berada di tengah lautan orang Ara, kami yang berbangsa asing di situ haruslah menjadi tumpuan mereka. Tidak sempat kami duduk, seorang demi seorang rakyat Jordan datang meminta izin untuk bergambar bersama kami.

Dalam keseronokan dan keterujaan kami melayan dan memerhatikan suasana sekeliling kami, seorang kakak yang juga turut mengikuti GMJ tersebut mengumpulkan kami. Kami dengan akur, segera menyahut panggilan itu.

Kakak itu memulakan bicaranya: Ok, kita dah seronok tengok orang-orang sekeliling, beli topi, gelak-gelak, jom kita duduk dan beriman sejenak. Takut-takut niat kita dah lari. Kita datang sini bukan hanya untuk bersuka-riakan? Kita ada matlamat yang sangat besar. Kita nak buktikan yang kita juga mahu Palestin di bebakan dari kecaman Zionis laknatullah.

Jadi, jom kita sama-sama istighfar dan kita tadabbur satu ayat quran. Ok, jom buka Quran Surah Al-Anfal ayat 60. Apa ALLAH kata dalam ayat tu?

'Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh ALLAH, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya tetapi ALLAH mengetahui. Apa saja yang kamu infakkan di jalan ALLAH nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).'    

Erm.. adik-adik tahu tak, ayat ni diturunkan selepas perang yang pertama dalam islam, iaitu.... sapa tahu angkat tangan...

ye, adik yang comel pakai spec tu apa jawapan dia?

adik comel: perang badar

kakak: ye, tepat sekali. Ayat ni diturunkan selepas perang badar, tetapi kenapa susunan ayat ni seolah-olah diturnkan sebelum pergi ke perang? Sebab, sebenaranya ALLAH nak beritahu dekat semua umat islam pada masa itu yang, perang badar ini merupakan perang yang pertama, dan akan ada perang-perang lain yang akan menyusul, jadi hendaklah semua orang bersedia.

Seterusnya, dari segi apa ALLAH suruh kita bersedia?
Dalam ayat ni, ALLAH suruh kita bersedia dari dua aspek:

1. 'kekuatan yang kamu miliki'
Bagaimana nak dapat kekuatan, ialah bermula dalam diri kita, kalau kita rasa diri kita kuat, insya ALLAH     kekuatan itu ALLAH akan bagi. Kalau kita rasa lemah, kita tidak akan mampu menggentarkan musuh, walhal kita yang akan lari lintang pukang bila berhadapan dengan mereka... Jadi perediaan yang pertama adalah persediaan dalaman.

2. 'pasukan berkuda' 
Kalau kita teliti ayat ni, ALLAH menggunakan 'Al-Khail' sebagai jenis kuda. Tahukah anda, dalam spesis kuda, 'Al-Khail' adalah jenis kuda yang paling cantik kulitnya, berkilat badannya, lurus dan lembut rambutnya seperti iklan shampoo 'guna jari pon boleh', pendek kata, kuda ini adalah kuda yang paling berkualiti antara spesis kuda yang lain. ALLAH beri kita jenis kuda ini adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa persediaan yang dilakukan mestilah yang terbaik. Bukan hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam. Persediaan yang kedua adalah persediaan luaran.

Apabila umat islam telah mempunyai kedua-dua persediaan tadi, ia akan menggentarkan musuh ALLAH, musuh kita dan ALLAH sambung dalam ayat ni 

              'dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya tetapi ALLAH mengetahui.' 

Betapa spesialnya kekuatan yang dibina oleh orang islam ini sehingga orang yang kita tidak tahu pun siapa akan takut dengan kita. Subhanallah.. Mungkinla musuh yang berada depan mata kita bagai tidak ada respon, tetapi mungkin ia akan membuka mata sesiapa sahaja yang sedang tidur-tidur ayam, mahupun yang sedang lena tidur diulit mimpi. Benarlah kata-kata ALLAH didalam surah Al-Munafiqun ayat 8:

' ...Padahal kekuatan itu hanyalah bagi ALLAH, Rasulnya dan orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui'




Dan, pengakhiran ayat ini ALLAH tutup dengan ganjaran yang kita akan terima jika kita menginfakkan harta dan jiwa kita semata-mata untuk-NYA.

Dalam hidup kita ini, akan ada banyak ujian yang kita perlu lalui, sama ada ujian dunia (periksa) ataupun ujian akhirat (perasaan dan apa-apa yang kita rasa itu ujian yang ALLAH beri). Jadi, kita perlu bersedia setiap masa untuk menempuh ujian-ujian tersebut. Ujian itu akan mengangkat darjat kita dari satu darjat kepada satu darjat insya ALLAH, dan ujian itu sebenarnya mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Tanpa persediaan yang lengkap kita tidak akan mampu menempuh ujian-ujian ini. 

Selasa, 3 April 2012

'Tiada seorang pun yang masuk syurga kecuali dia menyesal'

Jangan-jangan salah faham dengan tajuk diatas,
jangan serang saya..
baca post ni sampai habis dulu...

Kata- kata diatas bukan saya yang reka, bukan sepupu nenek saya yang cakap kat saya, tetapi ia telah diungkapkan oleh seorang ulama'.

Kata-kata ini telah terpacul daripada mulut ibu saya ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Aliya, Jordan untuk  pulang ke Malaysia setelah berada kurang lebih dua hari bersama ikhwah akhawat di Jordan...

Dalam masa yang singkat itu saya mengambil peluang untuk menanyakan soalan yang selama ini telah bermain-main di fikiran saya. Saya  tahu perkara yang hendak di tanyakan itu adalah soalan yang saya fikir semua orang dah tahu jawapannya, tetapi saya tidak tahu sama ada mereka mengamalkan ataupun tidak terhadap apa yang mereka tahu... Soalan yang diajukan sebenarnya lebih kepada bagaimana saya hendak menjawab persoalan tentang perkara tersebut.

Jadi, perbualannya terjadi begini... jeng jeng jeng

saya: 'mama, Ti (bukan nama sebenar) nak tanya sikit boleh?

mama: 'tanyalah'

saya: 'Ti kan tau yang berhubungan dengan lelaki itu tak boleh, maksudnya borak-borak kosong, mesej-           mesej, chat kat FB, atau apa-apalah yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan. Tapi, sebenarnya kenapa kita tak boleh buat semua tu eh?

mama: 'Ok, sebenarnya, kenapa kita nak borak dengan laki? Saja borak-borak, tak dapat apa-apa, buat apa? Banyak lagi perkara berfaedah yang kita boleh buat..

saya: (angguk tanda setuju)

mama: Macam ni la, Ti tau tak, manusia ni, hanya ada tiga benda sahaja yang dia akan buat dalam hidup ni. Satu, perkara yang ALLAH larang, yang kalau kita buat, kita akan dapat dosa dan kita akan masuk neraka di atas perbuatan kita itu. Na'uzubillah. Kedua, perkara yang ALLAH suruh kita buat, ataupun sunnah-sunnah Rasulullah yang kalau kita buat perkara ni, insya ALLAH kita akan dapat ganjaran pahala dan tempatnya adalah syurga insya ALLAH. Ketiga, perkara yang tidak bagi kita manfaat ataupun mudarat, tapi, ia akan merugikan masa, tenaga dan idea kita.

saya: angguk lagi

mama: Jadi kenapa kita nak membazirkan waktu-waktu kita untuk perkara yang kita tak akan dapat apa-apa ganjaran pun terhadap perkara tersebut. Ti tau, ada ulama' kata "TIADA SEORANG PUN YANG MASUK SYURGA KECUALI DIA MENYESAL".

saya: ha! nape macam tu pulak??

mama: Sebab, semasa di padang mahsyar nanti, masa ALLAH sedang hisab amalan kita, kita tunggu lama sangat depan ALLAH kerana banyaknya amalan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat pun pada kita. Jadi ahli syurga akan menyesal kenapa kita tidak buat perkara yang lebih bermanfaat pada waktu dan saat itu.

saya: Apa kaitan dengan hubungan laki dan perempuan?

mama: herm, bukan ke perkara itu membazirkan masa dan tenaga kita sedangkan ianya tidak akan memberi pahala dan boleh mempercepatkan hisab kita di akhirat sana, betul tak?

saya: betul-betul.

mama: tak ada pointla kan saja-saja nak borak, kacau-kacau orang, tak bagi apa-apa pun dekat kita.

saya: Macam mana kalau kita  terjatuh cinta?

mama: erm, kita tengok pulak kenapa kita suka kat laki tu, adakah hanya kerana rupa para dia, ataupun sebab lain..

saya: Tapi Ti takut tengok kawan-kawan Ti, Ti dah cuba tegur, tapi lepas Ti tegur diorang macam tak boleh terima.. mungkin sebab uslub tak betul kot..

mama: takpelah yang penting Ti jaga hubungan dengan dia dan doakan dia, insya ALLAH, ALLAH akan bantu..

Begitulah sedikit sebanyak apa yang diperbualkan..
Alhamdulillah sekarang saya dah tahu kenapa saya tak boleh berhubungan dengan lelaki, bukan hanya sekadar buat tapi tak tahu kenapa.. harap-harap anda juga dapat mengambil sedikit iktibar daripada perubualan ini.

p/s: Alhamdullilah.. setelah sekian lama tidak duduk di depan laptop untuk meng'update' blog ini, hari ni ALLAH bagi saya peluang, masa dan idea untuk mencoret sedikit pengalaman..