Alhamdulillah, pada 30 mac 2012, saya sempat mengikuti Global March to Jurusalem ataupun lebih dikenali sebagai GMJ di Jordan. Amat terkejut apabila saya menyaksikan ramainya rakyat Jordan turut mengikuti GMJ ini.
Berada di tengah lautan orang Ara, kami yang berbangsa asing di situ haruslah menjadi tumpuan mereka. Tidak sempat kami duduk, seorang demi seorang rakyat Jordan datang meminta izin untuk bergambar bersama kami.
Dalam keseronokan dan keterujaan kami melayan dan memerhatikan suasana sekeliling kami, seorang kakak yang juga turut mengikuti GMJ tersebut mengumpulkan kami. Kami dengan akur, segera menyahut panggilan itu.
Kakak itu memulakan bicaranya: Ok, kita dah seronok tengok orang-orang sekeliling, beli topi, gelak-gelak, jom kita duduk dan beriman sejenak. Takut-takut niat kita dah lari. Kita datang sini bukan hanya untuk bersuka-riakan? Kita ada matlamat yang sangat besar. Kita nak buktikan yang kita juga mahu Palestin di bebakan dari kecaman Zionis laknatullah.
Jadi, jom kita sama-sama istighfar dan kita tadabbur satu ayat quran. Ok, jom buka Quran Surah Al-Anfal ayat 60. Apa ALLAH kata dalam ayat tu?
'Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh ALLAH, musuh kamu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya tetapi ALLAH mengetahui. Apa saja yang kamu infakkan di jalan ALLAH nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).'
Erm.. adik-adik tahu tak, ayat ni diturunkan selepas perang yang pertama dalam islam, iaitu.... sapa tahu angkat tangan...
ye, adik yang comel pakai spec tu apa jawapan dia?
adik comel: perang badar
kakak: ye, tepat sekali. Ayat ni diturunkan selepas perang badar, tetapi kenapa susunan ayat ni seolah-olah diturnkan sebelum pergi ke perang? Sebab, sebenaranya ALLAH nak beritahu dekat semua umat islam pada masa itu yang, perang badar ini merupakan perang yang pertama, dan akan ada perang-perang lain yang akan menyusul, jadi hendaklah semua orang bersedia.
Seterusnya, dari segi apa ALLAH suruh kita bersedia?
Dalam ayat ni, ALLAH suruh kita bersedia dari dua aspek:
Bagaimana nak dapat kekuatan, ialah bermula dalam diri kita, kalau kita rasa diri kita kuat, insya ALLAH kekuatan itu ALLAH akan bagi. Kalau kita rasa lemah, kita tidak akan mampu menggentarkan musuh, walhal kita yang akan lari lintang pukang bila berhadapan dengan mereka... Jadi perediaan yang pertama adalah persediaan dalaman.
2. 'pasukan berkuda'
Kalau kita teliti ayat ni, ALLAH menggunakan 'Al-Khail' sebagai jenis kuda. Tahukah anda, dalam spesis kuda, 'Al-Khail' adalah jenis kuda yang paling cantik kulitnya, berkilat badannya, lurus dan lembut rambutnya seperti iklan shampoo 'guna jari pon boleh', pendek kata, kuda ini adalah kuda yang paling berkualiti antara spesis kuda yang lain. ALLAH beri kita jenis kuda ini adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa persediaan yang dilakukan mestilah yang terbaik. Bukan hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam. Persediaan yang kedua adalah persediaan luaran.
Apabila umat islam telah mempunyai kedua-dua persediaan tadi, ia akan menggentarkan musuh ALLAH, musuh kita dan ALLAH sambung dalam ayat ni
'dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya tetapi ALLAH mengetahui.'
Betapa spesialnya kekuatan yang dibina oleh orang islam ini sehingga orang yang kita tidak tahu pun siapa akan takut dengan kita. Subhanallah.. Mungkinla musuh yang berada depan mata kita bagai tidak ada respon, tetapi mungkin ia akan membuka mata sesiapa sahaja yang sedang tidur-tidur ayam, mahupun yang sedang lena tidur diulit mimpi. Benarlah kata-kata ALLAH didalam surah Al-Munafiqun ayat 8:
' ...Padahal kekuatan itu hanyalah bagi ALLAH, Rasulnya dan orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui'
Dan, pengakhiran ayat ini ALLAH tutup dengan ganjaran yang kita akan terima jika kita menginfakkan harta dan jiwa kita semata-mata untuk-NYA.
Dalam hidup kita ini, akan ada banyak ujian yang kita perlu lalui, sama ada ujian dunia (periksa) ataupun ujian akhirat (perasaan dan apa-apa yang kita rasa itu ujian yang ALLAH beri). Jadi, kita perlu bersedia setiap masa untuk menempuh ujian-ujian tersebut. Ujian itu akan mengangkat darjat kita dari satu darjat kepada satu darjat insya ALLAH, dan ujian itu sebenarnya mendekatkan diri kita kepada ALLAH. Tanpa persediaan yang lengkap kita tidak akan mampu menempuh ujian-ujian ini.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsiapa adik comel yang berkaca mata tu?
BalasPadamcuriosnyee
perbualan di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal, terpulang kepada pembaca untuk membayangkan siapakah gerangan orang tersebut huhuh
Padam