'Oleh itu, aqidah seorang mu'min merupakan tanahairnya, kaumnya dan keluarganya, dan di atas aqidah inilah umat manusia harus bersatu padu, bukannya seperti haiwan yang berpadu kerana rumput, kerana padang ragut, kerana kumpulan dan kerana pagar'
-Muqaddimah Fi Zilal Al-Quran, Syed Qutb-
Apabila membaca kata-kata ini, saya teringat dua kisah sahabat yang menjadikan orang islam itu benar-benar seperti keluarganya sendiri. Sanggup mengorbankan keluarga sendiri demi untuk menegakkan islam di atas muka bumi.
Antara mereka adalah Mus'ab bin Umair...
Ketika berlakunya perang pertama dalam ISLAM, yakni Perang Badar, beliau telah bertembung dengan adiknya yang berada di pihak lawan. Ketika adiknya sedang bertempur dengan salah seorang tentera Islam dalam pertempuran yang sangat sengit, adiknya hampir kalah di tangan tentera Islam tersebut. Sejurus terlihat Mus'ab dari jauh adiknya terus memanggilnya dan meminta pertolongan darinya. "Abang! tolongla aku, aku adalah adik mu".. Tetapi, malangnya Mus'ab meluru ke arah pertempuran itu dan membantu tentera islam tersebut untuk mengalahkan adiknya. Adiknya sangat terkejut dan bertanya kepada Mus'ab, 'mengapa engkau menolong dia bukannya aku? Bukankah aku adalah saudaramu?' Mus'ab menjawab dengan tegas 'Tentera islam ini adalah saudaraku bukannya kamu, ayah aku adalah ISLAM, kau tiada hubungan saudara denganku'.
dan Abu 'Ubaidah Al-Jarrah...
Beliau juga adalah salah seorang tentera didalam perang badar. Ketika perang ini berlangsung, beliau dengan penuh semangat kepahlawanan menerobos masuk ke barisan lawan. Dalam masa yang sama, beliau dikejari oleh seorang tentera musuh, beliau cuba mengelak untuk bertembung dengannya, tetapi tentera itu tetap tegar ingin berhadapan dengan Abu Ubaidah. Setelah penat berkejaran, dan dirasakan waktu dan tempat adalah sangat strategik, beliau bertempur dengan musuh tersebut dan berjaya membunuhnya. Apa yang menakjubkan adalah, musuh tersebut merupakan ayahnya sendiri.. Setelah membunuh ayah yang tersayang, Abu Ubaidah berkata 'Aku tidak membunuh ayahku, tetapi aku membunuh Jahiliyah yang ada dalam dirinya', disebabkan pengorbanannya ini, ALLAH telah menurunkan satu ayat untuk beliau yaitu, ayat 22 surah al-mujadalah.
Lihatlah betapa mereka ini, sanggup membunuh ahli keluarga mereka sendiri demi menegakkan agama islam. Meraka tahu bahawa apa yang menyatukan antara manusia bukanlah sekadar hubungan darah, tetapi ikatan yang lebih kuat adalah ikatan aqidah.
Apa yang saya dapat daripada kata-kata Syed Qutb diatas ialah, dimana pun kita berada, kita adalah bersaudara dengan semua umat islam di seluruh dunia. Tidak ada yang lebih mulia daripada hati-hati yang bergabung dan bersatu untuk mengingati ALLAH.
Jadi dengan ini saya menghulurkan salam persaudaraan kepada umat islam di seluruh dunia, semoga hati-hati kita akan sentiasa bersatu padu untuk menjadikan islam sebagai 'new world order'.
Jom baca doa rabithah ramai-ramai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan