Anda semua masih ingat atau tidak peristiwa belah dada yang berlaku ke attas kekasih agung kita Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam... erm... jom kita sama-sama recall
Pada umur Nabi dalam lingkungan 2-4 tahun, baginda telah dijaga dan disusui oleh Halimatus Saadiah, wanita yang duduk jauh ke dalam kawasan perkampungan. Wanita yang miskin mulanya, dan diberi keberkatan oleh ALLAH setelah mengambil Nabi Muhammad sebagai anak susuannya. Susu yang sedikit, menjadi banyak, tunggangan yang lemah menjadi kuat, dan tanaman yang layu menjadi subur dengan tiba-tiba.. Subhanallah
Nabi Muhammad juga seperti kanak-kanak lain yang bermain bersama adik-beradik susuannya, tapi hari itu, ada sesuatu pelik yang berlaku, sedang baginda bermain, datang dua orang lelaki kepada nabi, menjatuhkan nabi dan tiba-tiba membelah dada baginda.
Setelah melihat kejadian tersebut, adik-beradik nabi yang lain terus mendapatkan ibu mereka dengan tergesa-gesa. Halimah datang dan terus berlari ke arah baginda yang tampak pucat lesi akibat kejadian yang mengejutkan itu.
Layakkah orang yang mempunyai hati yang kotor membawa risalah yang suci murni ini? air mata mengalir deras....
Pada umur Nabi dalam lingkungan 2-4 tahun, baginda telah dijaga dan disusui oleh Halimatus Saadiah, wanita yang duduk jauh ke dalam kawasan perkampungan. Wanita yang miskin mulanya, dan diberi keberkatan oleh ALLAH setelah mengambil Nabi Muhammad sebagai anak susuannya. Susu yang sedikit, menjadi banyak, tunggangan yang lemah menjadi kuat, dan tanaman yang layu menjadi subur dengan tiba-tiba.. Subhanallah
Nabi Muhammad juga seperti kanak-kanak lain yang bermain bersama adik-beradik susuannya, tapi hari itu, ada sesuatu pelik yang berlaku, sedang baginda bermain, datang dua orang lelaki kepada nabi, menjatuhkan nabi dan tiba-tiba membelah dada baginda.
Setelah melihat kejadian tersebut, adik-beradik nabi yang lain terus mendapatkan ibu mereka dengan tergesa-gesa. Halimah datang dan terus berlari ke arah baginda yang tampak pucat lesi akibat kejadian yang mengejutkan itu.
-TAMAT-
Anda semua pernah tak terfikir, kenapa ALLAH mengutuskan para malaikat kepada nabi Muhammad untuk membelah dada baginda dan membersihkan hati baginda, dan peristiwa ini berlaku semasa baginda masih kecil dan sebelum baginda diangkat menjadi nabi dan Rasul buat seluruh alam.,
erm.. setelah belajar Fiqh Sirah yang ditulis oleh Said Ramdhan Al- Butti dan beberapa cerita daripada orang, saya dapat tahu sebenarnya kenapa ALLAH buat semua perkara ini pada Nabi. Anda semua nak tahu tak??
Rupa-rupanya ALLAH jadikan semua peristiwa yang nabi lalui ini adalah sebagai penunjuk jalan bagi mereka yang mengucapkan kalimah LA ILAHA ILA ALLAH, yaitulah seorang Da'ei.
Jadi, apa sebenarnya 'ibrah yang mampu kita ambil dari peristiwa belah dada di atas?
ha! ALLAH jadikan peristiwa ini sebelum nabi Muhammad di angkat menjadi rasul dan sebagai pembawa risalah suci ISLAM ini untuk menunjukkan kepada kita bahasawanya sebelum menjadi seorang daei yang juga menyampaikan risalah suci sebagaimana nabi Muhammad, kita juga perlu membersihkan hati kita dari segala karat-karat jahiliyah, menghindari dosa-dosa kecil dan meninggalkan dosa-dosa besar.
Kita kena selalu ingat, membawa amanah yang besar ini bukan semudah membawa beg galas setiap hari ke sekolah atau ke universiti, beratnya ia sampaikan apabila ALLAH memberi amanah ini kepada gunung dan langit, mereka menolak.
'Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, tetapi semuanya enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh'
(33:72)
Jadi untuk membawa risalah ini, perlukan satu hati yang suci. Hati yang sentiasa mengharapkan keredhaan-NYA, hati yang hanya DIA didalamnya, hati yang mempunyai sepenuh tawakkal kepada-NYA, hati yang sentiasa mendambakan cinta-NYA, hati yang sentiasa khuusyu' mengangati-NYA pada setiap waktu dan tempat, hati yang didalamnya tiada sifat al-wahan yaitu cintakan dunia dan takut mati, hati yang tiada didalamnya cinta selain DIA dan orang-orang yang disuruh ALLAH untuk mencintai mereka, bukan cinta kepada yang bukan halal baginya.
.png)



.png)


