Selasa, 6 November 2012

Nikmat dan Rahmat

hari ni rasa macam nak tulis sesuatu...
rasa dah lama sangat tak menulis...

Kini usiaku genap 20 tahun 1 bulan,
Dan dalam masa yang diberi ini, banyak pengalaman yang telah ditempuhi..
Dari zaman tadika yang penuh warna-warni,
Kepada zaman sekolah rendah yang mengajar menjadi 'pelajar'
Ke zaman sekolah menengah yang mula untuk mengenali diri sendiri
Dan sekarang, aku telah melangkah ke alam universiti yang penuh onak dan duri, yang mengajar aku erti dakwah dan tarbiyah, erti pengorbanan dan pelbagai perkara lain yang tidak mampu aku sebutkan..

Dan semakin aku dewasa, semakin ramai orang yang aku jumpa,
Ada yang Allah beri mereka kekurangan fizikal,
Tempang kakinya, buta matanya, telor percakapannya, gagap tutur katanya, pekak telinganya, lambat pemikirannya dan pelbaaagai lagi jenis kekurangan yang ALLAH cipta untuk mereka.

Dan dengan kekurangan-kekurangan fizikal yang aku lihat pada orang lain ini, aku jadi terfikir
Betapa gembiranya mempunyai keteguhan kaki untuk berjalan ke mana-mana hingga ke hujung dunia,
Betapa nikmatya mempunyai mata yang jelas untuk melihat semua kejadian dan kebesaran ALLAH di dunia,
Betapa bahagianya mempunyai mulut yang mampu berkata-kata apa sahaja yang ingin dikatakan,
Betapa melompatnya kita mempunyai telinga yang boleh mendengar nyanyian-nyanyian semula jadi bumi.

Tetapi, kadang-kadang kita tak perasan pun ini semua adalah nikmaat dan rahmat dari ALLAH, kita terus hanyut dengan dunia yang sementara, kita gunakan nikmat anggota yang ALLAH bagi ni untuk membuat maksiat. Kita hanya menggunakan nikmat-nikmat ini untuk membuat kerosakan di bumi ini.

Bukan untuk membuat kerja-kerja dakwah dan tarbiyah sebagai balasan kepada rahmat yang telah ALLAH turunkan kepada kita ini. Bukan untuk memakmurakan bumi dengan menjalankan tugas kita sebagai 'abid dan khalifah di bumi yang luas ini.

Kita langkahkan kaki untuk ke tempat-tempat maksiat dan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada kita, bukan ke majlis-majlis ilmu atau ke rumah saudara-saudara seislam kita,
Kita besarkan mata kita untuk melihat cerita-cerita 'lagho' yang sangat melalaikan, bukan melihat kebesaran-kebesaran ALLAH yang terpampang di depan mata atau membaca buku-buku yang menambahkan keimanan,
Kita gerakkan mulut kita untuk bercakap-cakap tentang atau dengan lelaki yang tidak sepatutnya, bukan untuk menyampaikan keindahan islam kepada orang lain,
Kita lebarkan telinga kita untuk mendengar lagu-lagu dan percakapan-percakapan yang sia-sia, bukan untuk mendengar nasihat-nasihaat dari syiekh-syeikh yang banyak pengalamannya untuk diambil sebagai pengajaran.

Itulah manusia....
Muhasabah diri..
Adakah aku menggunakan nikmat-nikmat ini untuk mengembalikan islam di tangga yang teratas, ataupun menggunakan nikmat-nikmat ini hanya untuk bersuka-ria tanpa memikirkan di manakah islam sekarang...

إعملوا آل داود شكرا وقليل من عبادي الشكور
'bekerjalah wahai keluarga daud untuk bersyukur, dan sedikit sekali hambaku yang bersyukur'






Tiada ulasan:

Catat Ulasan